EMAS UNTUK MALAYSIA – SUKAN PARALIMPIK,RIO
Lagu Negaraku terus bergema di sukan Paralimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Hasil kejayaan anak jati Malaysia meraih pingat emas dalam acara lontar peluru – F20 (intellectual disability) dan acara lari 100 meter – T36 (celebral palsy) membuktikan bahawa negara Malaysia tetap berbisa dan sentiasa memberi yang terbaik.

Muhammad Ziyad Zolkefli @ziyadzolkefli
Muhammad Ziyad Zolkefli, 26 menghadiahkan pingat emas dalam acara lontar peluru – F20 dengan catatan 16.84 meter dan sekali gus mencipta rekod baru dunia dengan mengetepikan pihak lawan iaitu Dimitrios Senikidis dari Greece dengan lontaran 16.17 meter dan Todd Hodgetts dari Australia, dengan lontaran 15.82 meter. Kejuaraan yang dimenangi oleh Ziyad ini merupakan rekod terbaru dan berjaya memadamkan rekod dunia sebelum ini yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts (16.29 meter) di Paralimpik London 2012.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi @pridzuan
Satu lagi pingat emas yang diraih oleh wakil Malaysia adalah dalam acara lari 100 meter (kategori T36). Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berjaya mencatatkan masa selama 12.07 saat dan meninggalkan pihak lawan, Yang Yifei dari China (12.20 saat) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah, Brazil (12.54 saat). Sama seperti Ziyad, kejuaraan ini sekali gus mencipta rekod baru kejohanan di mana sebelum ini ia diungguli oleh atlet dari Ukraine, Roman Pavlyk (12.25 saat) di temasya Beijing 2008.
Hasil kemenangan pingat emas ini memberi satu lagi kejayaan manis bagi negara Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dan terus menyokong atlet-atlet negara.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.