JIWA BEBAS COACH X CHAMPION
COACH MENGHADIRKAN SATU LAGI KOLEKSI KAPSUL EDISI TERHAD BERSAMA CHAMPION. DUA LABEL IKONIK AMERIKA BERSATU DENGAN STAIL TERSENDIRI, MERANGKUMI CERAIAN DAN AKSESORI KULIT YANG SERBA PRAKTIKAL. DIHANGATKAN LAGI DENGAN WAJAH-WAJAH SEMASA DALAM KEMPEN FESYEN.
Coach cukup aktif pada awal tahun 2021. Tidak terkesan dengan kekusutan dunia, Coach meneruskan idea baharu dengan pelancaran koleksi kapsul edisi terhad, hasil kolaborasi bersama Champion. Tidak terduga dua jenama ini akan bersatu untuk satu koleksi istimewa.
Coach x Champion bernada atletik, telah dilancarkan secara rasminya dengan pengenalan kepada siri kempen yang menampilkan wajah-wajah semasa, seperti model dan pemain kuat aplikasi TikTok. Paloma Elsesser mewakili model, manakala Wisdom Kaye, Maha Gondal dan Jeffrey Tung bergelar bintang media sosial. Siri kempen tersebut diarahkan oleh Alessandro Simonetti.
Koleksi ini memerihal pakaian sedia pakai yang menegapkan aspek kesukanan, namun dicemerlangkan dengan siluet berilham streetwear, yang mana melambangkan identiti Coach. Menampilkan beg kulit, seluar jogger kulit, baju panas dan jaket sheraling yang dicetak dengan ‘storypatch’ Coach pada bahagian-bahagian tertentu. Simbol tersebut menampilkan logo Coach dan Champion yang bertindih, menggambarkan semula warisan bersama kedua-dua jenama dalam lensa yang lebih segar, moden, namun terdapat aspek klasik yang tersisip.
Menghangatkan lagi koleksi unggul ini, selain helaian baju, jaket dan seluar, terdapat juga aksesori kulit seperti crossbody bag, beg weekender, dan beg silang.
Lanjutan dari koleksi ini, Coach turut menganjurkan “How to Coach a Champion”, satu bentuk cabaran yang akan dilaksanakan melalui penggunaan media sosial. Coach dan Champion menjemput peminat-peminatnya untuk turut serta dalam siri cabaran yang cukup menyeronokkan itu.




Artikel berkaitan: THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE PENUH KARAKTER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
FROM THE STREETS: 5 JENAMA LOKAL BERGAYA ON POINT
Lima jenama lokal yang membawa nafas baharu kepada streetwear Malaysia dengan gaya berani dan penuh karakter.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.












