Skip to content

LOUIS VUITON HADIRKAN METEORE, HARUMAN WISH LIST BAHARU LELAKI

Kongsikan artikel ini

Semuanya bermula pada tahun 2018 apabila Louis Vuitton mula melancarkan haruman buat lelaki. Bermula dengan empat minyak wangi iaitu L’Immensité, Nouveau Monde, Orage, Sur la Route and Au Hasard, Louis Vuitton komited untuk menghasilkan serta mencipta kepelbagaian haruman buat lelaki. Maestro haruman Louis Vuitton,  Jacques Cavallier Belletrud yang berpangkalan di Grasse kini menghadiahkan satu lagi pilihan buat anda. 

Terbaru  Louis Vuitton dan Jacques Cavallier Belletrud memperkenalkan Météore, sebuah haruman yang membawa definisi kepada kuasa dan cahaya. Jacques Melihat haruman ini adalah cerminan kepada kebebasan, dan juga keterbukaan kepada setiap cabaran juga peluang. Jacques juga melunaskan penghasilan minyak wangi ini dengan berpandukan kepada imaginasinya melihat bagaimana peluang satu minit boleh mencetus perubahan kepada hari-hari mendatang dan untuk itu dia berpendapat haruman ini haruslah mencetus kepada kesegaran yang ekstra, yang memandu adrenalin untuk ‘menolak’ kita membuka langkah debut ke satu ruang yang lebih besar. 

Jadi apa yang Jacques satukan dalam haruman terbaru ini? Dia meramu sitrus, bergamot yang dibawa dari Calabri, cetusan sitrus daripada Limau Mandarin dan oren Sicilian. Jacques tidak mahu nota-nota segar ini sekadar menjadi pembuka, dia mahu ia menjadi teraju utama kepada Météore. Oleh kerana itulah dia turut menambah neroli yang membuatkan elemen sitrus lebih menonjol. Dia juga menambah cardamim dan nutmeg yang diterbangkan dari Indonesia. Maka terhasillah Météore yang bisa menerbangkan imaginasi bebas melangkaui awan dan langit nan membiru, membawa kita ke ruang tiada batas. Météore kini boleh dibeli di butik Louis Vuitton juga secara dalam talian louisvuitton.com

Artikel Berkaitan: PUSING DAN SEMBUR, BLEU DE CHANEL BERWAJAH BARU

 

Artikel Berkaitan:Meraikan Cinta Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut