GAYA HEARTTHROBS MALAYA MUSIM PKP 2.0
Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilanjutkan lagi sehingga 18 Febuari 2021. Kekal duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Tapi, lelaki alfa sekarang tetap mahu nampak segak jika ada masa untuk bersiap. Masing-masing memberikan stail paling mantap untuk beri inspirasi kepada semua. GLAM Lelaki kumpulkan gaya heartthrobs Malaysia yang kami sarankan sebagai panduan untuk kekal segak dalam musim PKP 2.0 ini!
Hun Haqeem bijak padukan rona beige dalam palet yang senada. Trend kasut sneakers putih terus mendominasi dan menampakkan stail Hun lebih kasual.
Loungewear jadi koleksi penting ketika PKP kerana ia bersifat lebih selesa. So, tak salah Fadlan Hazim pilih hoodie hitam Master of None ketika mahu kelaur sebentar mendapatkan isi barang rumah!
Chubb-E yang baharu lancar lagu Biru Malam ini boleh dilabel sebagai pendatang baru yang bijak bergaya. Punya cita rasa yang lebih sekarang dan tidak takut untuk tampil dalam seleksi yang menggaburi lagak maskulin.
Serahkan pada Alvin Chong dalam hal bergaya. Bintang GLAM Lelaki ini tampil relaks nan klasik dengan padanan baju-T putih bersama celana denim. Kami sukakan kasut Converse x Carhartt!
Setiap gerobok lelaki wajib ada flannel shirt! Kami sangat sukakan gaya segak Adam Lee berkemeja kotak serta celana denim. pastinya jam tangan perlu ada untuk melengkapi stail lelaki alfa.
PAUTAN BERKENAAN: LIMA PELAKON BAHARU SUKA BERFESYEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TARIKH PERKAHWINAN SYAMEL DAN ERNIE ZAKRI TERPAKSA DITUNDA
Pasangan ini terpaksa akur dengan prosedur operasi standard yang tidak membenarkan majlis keraian diadakan bagi membendung penularan Covid-19.
PAKEJ STAYCATION MEWAH MERAI TAHUN BARU ANDA
Penat lelah seharian bekerja, alangkah enaknya bila dapat merebahkan tubuh di katil nan empuk kala staycation di hotel pilihanmu di Kuala Lumpur.
PASCA PKP: PERSIAPKAN DIRI ANDA DENGAN WEBINAR EKSKLUSIF INI!
Bersediakah anda untuk menghadapi perubahan selepas PKP berakhir? Yang pasti, keadaan tidak akan seperti dahulu lagi.
SPIRIT MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Bumi bertambah panas saban hari, bencana alam pula kerap bersua memberi indikasi kronis lalu cuaca tak bisa lagi diprediksi. Perubahan ikim perlahan-lahan mengubah pola kehidupan sejagat. Alam ciptaannya makin punah.
MENGUASAI BAHASA MENCORAK KERJAYA ALVIN CHONG
Apabila usianya mencecah 16 tahun, Alvin terserempak dengan satu cabang kerja yang bakal merubah hala tuju hidupnya secara signifikan.
THE BEST-DRESSED MEN DI GLAM X GLAM LELAKI REBEL YOUTH PARTY
GLAM Lelaki tidak ketinggalan menyoroti 10 looks inner-rebel youth terbaik yang benar-benar stand-out di mata kami pada malam GLAM X GLAM Lelaki Rebel Youth Party oleh COACH.