LIMA PELAKON BAHARU SUKA BERFESYEN
PELAKON-PELAKON ERA BAHARU DIPERHATIKAN GEMAR BERFESYEN. SELAIN MEMPAMERKAN BAKAT LAKONAN YANG CEMERLANG, LIMA PELAKON BAHARU INI TURUT DIANGKAT SEBAGAI INDIVIDU YANG MEMILIKI IDENTITI STAIL TERSENDIRI. SIAPAKAH MEREKA?
- NOAH CENTINEO
Kelompok Gen-Z menggilai Noah Centineo. Sejak fenomena siri “To All The Boys..” terbitan Netflix, namanya mula meniti di bibir peminat. Noah punya karakter. Dan apa Sahara stail yang digayakan Noah, pasti tampak serasi. Tidak janggal. Di awal kemunculannya, Noah menggayakan rambut yang disisir messy, kemudiannya stail buzz cut dan yang terbaharu messy curls. Menonjolkan imej bad boy yang seringnya menjadi kesukaan peminat-peminat muda terutamnya dikalangan perempuan.
Variasi gaya rambut Noah mencetus inspirasi. Dan ia membuktikan Noah berani bereksperimen dalam fesyen. Stailnya juga pelbagai, ada kalanya selesa dengan T-shirt dan seluar jean. Terkadang, sut longgar merah jambu, yang ada sentuhan feminin, dipakainya dengan yakin. A true gentleman.
2. PAUL MESCAL
Bintang drama “Normal People”, Paul Mescal kini diangkat sebagai wajah fesyen baharu. Gaya-gaya Paul Mescal mendefinisikan modern chic. Paul seringnya memilih tata gaya yang asas, seperti kardigan, t-shirt, kemeja, celana denim dalam warna asas. Putin, hitam, beige, dan kelabu. Namun, suai padan yang dipamerkan, serta karakter yang terdapat padanya, mengilhami chic. Selain disebabkan pengaruh, Paul mula menerima jemputan untuk menyaksikan pementasan fesyen. Baru-baru ini, Paul dijemput Prada untuk duduk front row dari rumah secara eksklusif.
3. JACOB ELORDI
Jacob Elordi turut meraih populariti menerusi drama. Sejak membintangi “Euphoria” di samping Zendaya dan beberapa pelakon wanita lain, Jacob bikin fenomena. Seperti biasa, anak-anak muda mula menggilai Jacob. Pada masa yang sama, Jacob mula akrab dengan beberapa ‘stylist’ ternama, seperti Nicola Formichetti, dan disaksikan semakin Giat berfesyen.
Gaya-gaya Jacob di atas karpet merah juga cukup menakjubkan. Setakat ini, pelakon muda itu pernah menghadiri beberapa acara fesyen penting, seperti Saint Laurent, di mana dia duduk bersebelahan Rose Blackpink. Gaya senggang Jacob sering menjadi tumpuan. Loose, maskulin dan messy-terjemahan sempurna stail peribadi Jacob.
4. Arón Piper
Aron Piper adalah satu lagi pelakon baharu yang mencipta nama menerusi drama Netflix. Memainkan watak penting, Ander, dia dilihatkan semakin kerap menggayakan rekaan-rekaan berjenama. Balmain dan Jacquemus antara jenama yang pantas mendapatkannya untuk membarisi kerusi baris hadapan.
Pabila muncul di majlis-majlis filem, Aron turut mengambil kesempatan itu untuk menonjolkan sisi fesyennya. Variasi gaya terbaik pernah Aron kongsikan, yang mana memberi inspirasi buat para lelaki yang mahu tampil stylish. We can’t wait to see more from Aron.
5. LAKEITH STANFIELD
Namanya tersenarai antara pelakon baharu yang perlu diberi perhatian oleh Variety. Yang sebenarnya, Lakeith bukanlah terlalu baharu dalam industri seni lakon. Kerana sudah beberapa filem yang pernah dilakonkannya. Namun, barulah sekarang Lakeith bersinar. Lakeith is the game changer in fashion. Dia berani untuk mencuba pelbagai gaya unik dan eksentrik, tanpa menghiraukan pandangan orang lain.
Lakeith meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada penata gaya peribadinya. Which is good. Trust is the key. Paling diingati sekali, Lakeith ada menyarung sut perempuan ilham Mary Katrantzou. And he looks good in it! Gaya-gaya Lakeith ternyata memecah ketradisionalan fesyen lelaki. He is our new style hero.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: SIAPA KE MINGGU FESYEN F/W 2021? DARI MALUMA, BRIGHT KE DANE DEHAAN…
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI
Dalam lanskap industri hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang, nama Isa Khan muncul sebagai simbol bakat dan dedikasi.
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE
Pelakon, penerbit, bakalan pengarah dan kini bergelar suami, Syafiq Kyle, yang menghiasi muka depan GLAM Lelaki, berkongsi kisah perjalanan kerjayanya yang penuh cabaran dan kejayaan.