JIWA BEBAS COACH X CHAMPION
COACH MENGHADIRKAN SATU LAGI KOLEKSI KAPSUL EDISI TERHAD BERSAMA CHAMPION. DUA LABEL IKONIK AMERIKA BERSATU DENGAN STAIL TERSENDIRI, MERANGKUMI CERAIAN DAN AKSESORI KULIT YANG SERBA PRAKTIKAL. DIHANGATKAN LAGI DENGAN WAJAH-WAJAH SEMASA DALAM KEMPEN FESYEN.
Coach cukup aktif pada awal tahun 2021. Tidak terkesan dengan kekusutan dunia, Coach meneruskan idea baharu dengan pelancaran koleksi kapsul edisi terhad, hasil kolaborasi bersama Champion. Tidak terduga dua jenama ini akan bersatu untuk satu koleksi istimewa.
Coach x Champion bernada atletik, telah dilancarkan secara rasminya dengan pengenalan kepada siri kempen yang menampilkan wajah-wajah semasa, seperti model dan pemain kuat aplikasi TikTok. Paloma Elsesser mewakili model, manakala Wisdom Kaye, Maha Gondal dan Jeffrey Tung bergelar bintang media sosial. Siri kempen tersebut diarahkan oleh Alessandro Simonetti.
Koleksi ini memerihal pakaian sedia pakai yang menegapkan aspek kesukanan, namun dicemerlangkan dengan siluet berilham streetwear, yang mana melambangkan identiti Coach. Menampilkan beg kulit, seluar jogger kulit, baju panas dan jaket sheraling yang dicetak dengan ‘storypatch’ Coach pada bahagian-bahagian tertentu. Simbol tersebut menampilkan logo Coach dan Champion yang bertindih, menggambarkan semula warisan bersama kedua-dua jenama dalam lensa yang lebih segar, moden, namun terdapat aspek klasik yang tersisip.
Menghangatkan lagi koleksi unggul ini, selain helaian baju, jaket dan seluar, terdapat juga aksesori kulit seperti crossbody bag, beg weekender, dan beg silang.
Lanjutan dari koleksi ini, Coach turut menganjurkan “How to Coach a Champion”, satu bentuk cabaran yang akan dilaksanakan melalui penggunaan media sosial. Coach dan Champion menjemput peminat-peminatnya untuk turut serta dalam siri cabaran yang cukup menyeronokkan itu.
Artikel berkaitan: THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE PENUH KARAKTER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
LIMA LAGU GALAU TERBAIK NAIM DANIEL YANG WAJIB DENGAR
Naim Daniel, nama yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia, telah memikat hati peminat dengan suara merdunya dan lirik yang penuh emosi.
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.
LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025
Road to FAM yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lepas berlangsung meriah! Kami berpeluang mendekati koleksi asas Levi’s® musim bunga/panas 2025, sambil menonton persembahan memukau rapper ZAMAERA. Levi’s® dan 88rising, sebuah kolektif muzik global, telah melancarkan Road to FAM, iaitu satu siri muzik yang akan menjelajah Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur sepanjang…