DEMI CINTA, SHAWN MENDES SANGGUP CIUM KAKI CAMILA CABELLO?
Pasangan penyanyi popular, Shawn Mendes dan Camila Cabello tidak pernah segan berkongsi rasa cinta dan momen intim antara satu sama lain di media sosial. Hari Kekasih tahun ini juga tidak terkecuali.
Menerusi hantaran di Instagram, Mendes memuat naik satu foto yang menunjukkan dia sedang mencium kaki Cabello, atau lebih spesifik ibu jari kaki. Dia menulis kapsyen, “Saya mencium kaki kamu kerana saya cintakan kamu @camila_cabello.” Penyanyi Havana itu kemudian menjawab manja, “Saya cintakan kamu papo.”
Hantaran tersebut menerima respon yang pelbagai daripada rakan selebriti dan peminat. Penyanyi dan penulis lagu, Ryan Tedder sempat berjenaka dengan meninggalkan komen, “Saya ingatkan kamu vegan???”

Seorang peminat pula menulis, “Jika dia tidak mencium kaki kamu, thank u next,” manakala seorang lagi berkongsi bahawa inilah yang dikatakan cinta sejati.
Walaupun ramai menyokong, namun ada juga yang terkejut dengan perkongsian penyanyi itu. Seorang peminat menulis, “Hey bestie! Kamu tidak sengaja berkongsi foto ini. Tetapi tak mengapa! Masih belum terlambat untuk memadamnya.”
Apa pun pendapat orang mengenai foto tersebut, Mendes mahupun Cabello tidak berasakan yang mereka perlu lari daripada menjadi diri sendiri atau mengubah cara mereka mempamerkan rasa cinta.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.











