WALAU PERKAHWINAN MUSNAH, KANYE WEST TETAP MAHU BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN 2024
Penyanyi Famous, Kanye West tetap mahu mencalonkan diri sebagai presiden Amerika Syarikat 2024 walaupun percaya ia adalah punca utama kemusnahan rumah tangganya bersama Kim Kardashian.
Selepas pelbagai spekulasi bertebaran, Kim secara rasminya memfailkan perceraian terhadap Kanye Jumaat lalu setelah hampir tujuh tahun bergelar suami isteri.
Prosiding perceraian dilaporkan berlaku dalam keadaan baik kerana pasangan ini menandatangani perjanjian pra-perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka akan berkongsi hak penjagaan keempat-empat anak; North, Saint, Chicago dan Psalm.
Penyanyi rap itu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 yang lalu menentang Donald Trump dan Joe Biden. Namun penglibatannya mencetuskan kebimbangan peminat setelah memberi ucapan yang tidak dijangka sewaktu kempen pertama.

Foto: AP Domestic
Dia juga berpindah ke Wyoming untuk memberi lebih perhatian terhadap kempennya, dan percaya bahawa keputusan inilah yang memusnahkan rumah tangganya.
Satu sumber memberitahu, “Kanye berada dalam situasi ‘kalaulah’. ‘Kalaulah saya telah lakukan begitu, kalaulah saya telah buat begini.’ Dia menganggap penyertaannya dalam pilihan raya yang lalu perlahan-lahan merosakkan perkahwinannya. Sebelum itu, masih ada harapan. Selepas itu, tiada langsung. Dia mengorbankan perkahwinan sendiri.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











