Skip to content

Mesej Misteri Pada Lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch Akhirnya Terungkai

Kongsikan artikel ini

Misteri mesej ‘can only been painted by a madman’ yang diconteng pada karya seni ‘The Scream’ oleh Edvard Munch akhirnya terjawab selepas kajian yang dilakukan oleh National Museum of Norway.

 

Mesej kecil penuh misteri yang dijumpai pada lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch akhirnya terjawab. Tulisan ‘can only been painted by a madman’ yang dirahsiakan dalam salah satu karya seni paling ikonik itu merupakan tulisan pelukisnya sendiri selepas kajian terbaharu ke atas lukisan itu.

Foto: National Museum of Norway

Imbasan cahaya inframerah yang dilakukan oleh National Museum of Norway telah mengesahkan mesej misteri itu telah ditulis sendiri oleh Edvard Munch. Tulisan kecil yang boleh dilihat pada bahagian atas kiri lukisan itu telah menjadi perbincangan pakar dan peminat seni sejak dahulu lagi. Ramai yang mempercayai ia adalah kesan vandalisme selepas lukisan itu dicuri daripada sebuah muzium seni di Norway pada 1994.

Foto: National Museum of Norway

Menurut kajian yang dilakukan, tulisan ‘can only been painted by a madman’ telah ditulis pada sekitar 1895 selepas ia dipamerkan di kota asalnya sendiri, iaitu Oslo (dulunya dikenali sebagai Kristiania) pada 1895. Berdasarkan diari miliknya,dia terkesan dengan rekasi negatif yang diterima dan menulis mesej menggunakan pensil selepas itu.

Edvard Munch adalah seorang pelukis Expressionist kelahiran Norway. Walau bagaimanapun, dia didapati mengalami masalah kesihatan mental sepanjang hidupnya. Kedua bapa dan kakaknya juga mengalami masalah yang sama. Edvard Munch telah dimasukkan hospital selepas mengalami tekanan dan kerosakan saraf pada 1908.

‘The Scream’ yang dihasilkan pada 1893 adalah antara karya seni yang paling ikonik. Ia telah memberikan inspirasi kepada budaya pop dunia melalui filem Hollywood seperti siri filem Scream. Dan terbahru telah dijadikan sebagai emoji.

Lukisan itu sedang menjalani proses pemuliharan sebelum ia mula dipamerkan bersama karya Edvard Munch lain seperti Madonna, The Dance of Life dan Self-Portrait with Cigarette di National Museum of Norway pada tahun hadapan.

 

Foto: National Museum of Norway

Baca lebih lanjut: KARYA SANDRO BOTTICELLI DIJUAL DENGAN HARGA US$92 JUTA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
IMBASAN MET GALA: PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut

PAMERAN VAN GOGH ALIVE KINI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI

Bacaan Lanjut