ELON MUSK BUKAN LAGI INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA
Pengasas bersama Tesla, Elon Musk hilang gelaran individu paling kaya di dunia setelah saham syarikat itu susut 8.6 peratus, menyebabkan dia kerugian RM60 bilion daripada jumlah kekayaan.
Namun apakah puncanya? Menurut laporan, ia disebabkan oleh komen yang dibuat oleh Musk mengatakan harga bitcoin dan eter saingan yang lebih kecil ‘kelihatan agak tinggi’. Akibatnya, sebilangan pelabur menjual saham mereka kerana bimbang kedudukan bitcoin yang tidak menentu.
Teman lelaki kepada penyanyi Grimes ini menulis ciapan tersebut di Twitter, dua minggu selepas Tesla mengumumkan penambahan sebanyak RM6 bilion bitcoin ke dalam penyata sedia ada.

Foto: Dia Dipasupil/WireImage
Mata wang kripto yang melonjak lebih daripada 400% sepanjang tahun lalu jatuh untuk hari kedua kelmarin, malah pernah merosot di bawah RM200,000 disebabkan timbulnya keraguan.
Dia juga memuat naik satu ciapan di Twitter Isnin lalu mengatakan Standard Range SUV Model Y jenama Tesla masih boleh dimiliki, sedangkan laporan daripada laman berita kenderaan elektrik, Electrek mengumumkan model tersebut telah pun dikeluarkan daripada web itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.











