Satu Saiz Seluar Dalam Untuk Semua
sloggi mempersembahkan koleksi seluar dalam, Men GO Allround dalam satu saiz yang menggunakan fabrik stretchable ekstrim dengan garis moden untuk memberikan keselesaan yang sebenar.
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sejak Januari lalu telah memaksa ramai untuk bekerja di rumah. Kebanyakan masa dihabiskan di hadapan komputer riba atau televisyen di ruang tamu ataupun di dalam bilik. Saya pasti ramai yang hanya akan memakai sesuatu yang selesa, tanpa mengenakan seluar dalam. Oleh itu, sloggi memperkenalkan koleksi Men GO Allround yang hadir dalam satu saiz untuk semua dengan menampilkan fabrik stretchable ekstrim dan garis moden untuk memberikan keselesaan yang sebenar.
Rangkaian seluar dalam sloggi Men GO Allround terbaharu menggunakan teknologi terkini pada desain pakaian dalam yang mencabar tahap keselesaan dalam gaya yang moden. Ia menjadi keutamaan yang menawarkan keselesaan 360 darjah buat semua lelaki. Paling utama, ia hadir dalam SATU SAIZ sahaja yang akan mengadaptasi kepada pelbagai bentuk badan dan saiz. Tidak kira ada selalu memakai saiz S hingga L, koleksi ini menggunakan fabrik stretchable ekstrim yang selesa.
Koleksi sloggi Men GO Allround hadir dalam dua rekaan iaitu Hipster dan Sport brief. Ia menggunakan fabrikasi yang sangat lembut untuk memberikan rasa natural daripada MicroModal yang berkualiti tinggi. Inovasi seluar dalam terbaharu ini membenarkan gerakan tanpa had dengan jahitan fleksibel. Cukup kontemporari dengan fabrik paten jacquard mewah dalam pilihan ton tanah yang mesra, dan juga warna klasik yang kekal menjadi signature.
sloggi mempersembahkan warna-warna baharu dalam rangkaian seluar dalam GO Allround seperti Graphite dan Havanna, dan boleh didapati secara atas talian melalui stor rasmi sloggi Malaysia.
Foto: sloggi Malaysia
Baca lebih lanjut: MESEJ MISTERI PADA LUKISAN ‘THE SCREAM’ OLEH EDVARD MUNCH AKHIRNYA TERUNGKAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU
Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Underwear untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.
KEPELBAGAIAN KARAKTER & INDIVIDU HIASI CALVIN KLEIN MUSIM LURUH 2022
Kempen musim luruh 2022 Calvin Klein menyaksikan barisan wajah global, bersama beberapa kelainan yang tidak dijangka.
TIP PEMILIHAN SELUAR DALAM LELAKI TERBAIK
Pemilihan seluar dalam lelaki terbaik adalah sangat penting. Ia bakal mempengaruhi keselesaan, kebersihan serta kesihatan si pemakai.
MANIFESTO MASKULIN DIOR HOMME SPORT
Nuansa ramuan Dior Homme Sport lambang kejaguhan seorang wira. Aktor Robert Pattison hiasi wajah kempen untuk haruman maskulin pilihan adiwira.
Keselesaan Seluar Dalam Tahap Maksimum
Mengimbangi kepelbagaian susuk tubuh badan lelaki, Comfort Republic memperlihatkan inklusiviti menerusi barisan seluar dalam terbaru mereka. Secara tidak langsung, menjanjikan keselesaan yang maksimum untuk para jejaka masa kini.
CUCU MUHAMMAD ALI, NICO ALI WALSH KINI BERGELAR PETINJU PROFESIONAL
Nico bakal membuat penampilan sulungnya pada 14 Ogos depan menerusi saingan middleweight.