5 PERKARA KAMI SUKA TENTANG TOD’S MUSIM BUNGA 2021
TOD’S MENYEMATI SEMANGAT SI PENGEMBARA MODEN UNTUK KOLEKSI MUSIM BUNGA 2021. MENGHADIRKAN REKAAN YANG MENCEMERLANGKAN KEFUNGSIAN-TERLIHAT JELAS PADA TIAP ASPEK YANG MEMAUT. DIHARMONIKAN DENGAN SKIM WARNA TERANG SERTA CORAK-CORAK HAIWAN LANGSUNG MENGGELORAKAN FESYEN LELAKI SEMPENA MUSIM BAHARU. GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA PERKARA YANG KAMI SUKA TENTANG TOD’S MUSIM INI.
- FIELD JACKET

Tod’s mengembalikan jaket utiliti dalam olahan material dan warna yang lebih bervariasi. Kami sukan akan tampilan ‘field jacket’ yang membentuk helaian utama Tod’s sempena kehadiran musim baharu. Selain punya kefungsian yang maksimum, warna yang ditawarkan cukup menyerlah, di samping itu ia memudahkan padanan. Jaket yang bersifat versatil itu, memperlihatkan aspek wawasan lelaki yang moden, lalu mewujudkan identiti yang pelbagai. Faktor kefungsian terletak pada butiran utama, seperti empat poket, siluet bebas dan material yang tidak kompleks.
2. BEG BUCKET

Aksesori lelaki Tod’s punya kualiti distingtif yang beragam. Beg bersifat dualitas, yakni boleh disilang atau dijinjing dalam reka bentuk bakul, antara aksesori yang kami suka. Rekaannya membawa pengertian ‘membenihkan kebaharuan, namun tidak menyingkirkan jati diri Tod’s yang asli penciptaannya. Itulah yang mendasari pemilihan Tod’s. Gabungan fabrik kulit dan raffia, mengepal keras prinsip beg kasual era baharu. Beg tersebut kami anggap sempurna dibawa, misalnya kala pergi melancong.
3. LOAFER CORAK HAIWAN

Tanpa diduga, Tod’s ‘bermain’ dengan corak haiwan dalam himpunan aksesori lelaki. Tersisip nilai artistik yang mempertemukan seni fesyen. Corak haiwan ditransformasikan sebagai grafik yang mencorakkan himpunan ini. Beberapa aksesori utama diubah menjadi motif haiwan, juga pada rekaan beg kulit. Mengaburi konsep kejantinaan juga membenarkan para lelaki Tod’s menjadi lebih ‘playful’.
4. KOMBINASI WARNA

Seperkara lagi tentang Tod’s yang kami suka kali ini adalah keberaniannya. Keberanian untuk mengatur gaya lelaki dengan mengubah kod pakaian yang menggabungkan warna-warna vibrant. Sifat tradisional pemakaian lelaki telah dimodenkan berasaskan cita rasa generasi semasa. Warna-warna yang meliputi mencadangkan trik terbaik untuk tampil bergaya khusus musim bunga.
5. SUT KHAKI LONGGAR

Gaya-gaya elegan yang relaks, pelet rona tanah seperti khaki sempurna menggambarkan stail musim panas. Fabrik ringan sut khakis ini, direka longgar memudahkan pergerakan. Kapas organik bersifat kasual memainkan peranan penting dalam himpunan musim bunga 2021. Kasut sniker yang membentuk padanan melanjutkan prinsip Tod’s yang mencadangkan format gaya lelaki yang segar. Ternyata, penampilan ini mengolah semla konsep tailoring untuk era baharu.
Artikel berkaitan: BRUNO MARS KINI BERGELAR PEREKA FESYEN!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











