Skip to content

Satu Saiz Seluar Dalam Untuk Semua

Kongsikan artikel ini

sloggi mempersembahkan koleksi seluar dalam, Men GO Allround dalam satu saiz yang menggunakan fabrik stretchable ekstrim dengan garis moden untuk memberikan keselesaan yang sebenar.

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sejak Januari lalu telah memaksa ramai untuk bekerja di rumah. Kebanyakan masa dihabiskan di hadapan komputer riba atau televisyen di ruang tamu ataupun di dalam bilik. Saya pasti ramai yang hanya akan memakai sesuatu yang selesa, tanpa mengenakan seluar dalam. Oleh itu, sloggi memperkenalkan koleksi Men GO Allround yang hadir dalam satu saiz untuk semua dengan menampilkan fabrik stretchable ekstrim dan garis moden untuk memberikan keselesaan yang sebenar.

Rangkaian seluar dalam sloggi Men GO Allround terbaharu menggunakan teknologi terkini pada desain pakaian dalam yang mencabar tahap keselesaan dalam gaya yang moden. Ia menjadi keutamaan yang menawarkan keselesaan 360 darjah buat semua lelaki. Paling utama, ia hadir dalam SATU SAIZ sahaja yang akan mengadaptasi kepada pelbagai bentuk badan dan saiz. Tidak kira ada selalu memakai saiz S hingga L, koleksi ini menggunakan fabrik stretchable ekstrim yang selesa.

Koleksi sloggi Men GO Allround hadir dalam dua rekaan iaitu Hipster dan Sport brief. Ia menggunakan fabrikasi yang sangat lembut untuk memberikan rasa natural daripada MicroModal yang berkualiti tinggi. Inovasi seluar dalam terbaharu ini membenarkan gerakan tanpa had dengan jahitan fleksibel. Cukup kontemporari dengan fabrik paten jacquard mewah dalam pilihan ton tanah yang mesra, dan juga warna klasik yang kekal menjadi signature.

sloggi mempersembahkan warna-warna baharu dalam rangkaian seluar dalam GO Allround seperti Graphite dan Havanna, dan boleh didapati secara atas talian melalui stor rasmi sloggi Malaysia.

Foto: sloggi Malaysia

 

Baca lebih lanjut: MESEJ MISTERI PADA LUKISAN ‘THE SCREAM’ OLEH EDVARD MUNCH AKHIRNYA TERUNGKAI

 

 

 

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Calvin klein underwear

BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU

Bacaan Lanjut

KEPELBAGAIAN KARAKTER & INDIVIDU HIASI CALVIN KLEIN MUSIM LURUH 2022

Bacaan Lanjut
TIPS PEMILIHAN SELUAR DALAM LELAKI TERBAIK

TIP PEMILIHAN SELUAR DALAM LELAKI TERBAIK

Bacaan Lanjut

MANIFESTO MASKULIN DIOR HOMME SPORT

Bacaan Lanjut
Keselesaan Di Tahap Maksimum 01

Keselesaan Seluar Dalam Tahap Maksimum

Bacaan Lanjut
CUCU MUHAMMAD ALI, NICO ALI WALSH KINI BERGELAR PETINJU PROFESIONAL

CUCU MUHAMMAD ALI, NICO ALI WALSH KINI BERGELAR PETINJU PROFESIONAL

Bacaan Lanjut