Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5
Dalam mengukuhkan visi dalam aspek kelestarian, Volvo Car Malaysia memperkenalkan XC40 Recharge T5 R-Design yang menjadikan satu-satunya jenama automotif di Malaysia dengan rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh.
Untuk mencapai cita-cita bagi mengurangkan pelepasan karbon bagi setiap kereta sebanyak 40%, Volvo Car Malaysia melancarkan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design yang baharu di Malaysia. Melalui inisiatif ini, mereka kini melangkah lebih dekat untuk menjadi satu-satunya jenama automotif di Malaysia yang menawarkan kereta pemasangan tempatan bagi kesemua barisan kereta hibrid plug-in (PHEV) daripada Volvo.
Buat pertama kalinya, Volvo XC40 Recharge T5 yang dibangun menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo akan dilengkapi dengan enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter dengan rangkaian kuasa Drive-E. Ia juga meenggunakan motor elektrik yang dipasang pada kotak gear automatik dual-clutch tujuh-kelajuan bagi pergerakan roda hadapan. Direka untuk kesejahteraan planet, enjin berkembar ini memberikan pemacuan yang lebih mampan, dengan pelepasan CO2 hanya 50 gram per kilometer, di samping mengekalkan kemewahan dan prestasi Volvo.
Recharge T5 merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 hp dan daya kilas 425 Nm, sementara daya kilas 160 Nm dan daya kuasa setinggi 82 hp dihasilkan dari motor elektrik untuk memberikan pecutan serta merta. Dengan menggunakan enjin petrol, XC40 Recharge T5 boleh mencapai 100km/j dalam masa 7.3 saat sahaja, dan kelajuannya dihadkan pada 180km/j setelah pengumuman dibuat Mac tahun lalu.
Keselamatan dan Teknologi
Volvo XC40 Recharge T5 diperbuat di Sweden dan dipasang di Malaysia. Ia dilengkapi dengan sistem teknologi keselamatan, kesalinghubungan dan infotainment yang dihasilkan dengan kawalan dan kepakaran berkualiti tinggi. Volvo juga akan meneruskan komitmen mereka untuk mengutamakan keselamatan buat pelanggan dalam memberikan kebebasan untuk pemanduan secara peribadi, lestari dan selamat. Antara teknologi keselamatan dan bantuan yang digunakan pula termasuklah sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek.
Recharge R-Design
Desain Volvo XC40 Recharge T5 baharu hampir serupa dengan varian XC40 lain dengan menampilkan reka bentuk Skandinavia yang elegan dengan mempamerkan imej Volvo yang selari dengan keperluan dan fungsi. Ia turut mengetengahkan penampilan bergaya dan moden yang lebih berani dan ekspesif dalam menonjolkan rekaan khas trim R-Design. Sudah pasti akan menyerlahkan pemanduan ketika menjelajah di sekitar kota.
XC40 Recharge T5 tampil dengan pilihan lima warna yang menarik iaitu Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic. Dijual pada harga RM255,888, dan kini dikurangkan menjadi RM241,997.04 selepas pengecualian cukai jualan (atas jalan, tanpa insurans). Layari laman rasmi Volvo Car Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Baca lebih lanjut: MESEJ MISTERI PADA LUKISAN ‘THE SCREAM’ OLEH EDVARD MUNCH AKHIRNYA TERUNGKAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC
Volvo Car Malaysia memperkenalkan versi baharu model XC40 Recharge Pure Electric yang dikuasakan elektrik sepenuhnya.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.
Keanggunan Nan Agresif
Arteon R-Line baharu tampil mengimbangi kuasa, karakter serta karismanya. Mengemudi stereng yang disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurkan kuasa buat memberi cengkaman serta kawalan lebih baik.