9 TAHUN BERUMAH TANGGA, ALEC BALDWIN TIMANG ANAK KEENAM
Pelakon Alec Baldwin dan isteri, Hilaria mengumumkan berita gembira bahawa mereka menimang seorang lagi cahaya mata dua hari lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Hilaria memuat naik satu foto dirinya bersama enam anak mereka dengan kapsyen “7” berserta emoji hati. Dia turut memberi kredit kepada Alec, 62 kerana merakam foto tersebut.
Dan menerusi hantaran terbaru, pengarang dan guru yoga berusia 37 tahun itu mendedahkan nama bayi mereka. “Kami sangat teruja dengan kehadiran anak perempuan kami, Lucia. Sama seperti anak-anak yang lain, kamu adalah satu impian yang menjadi kenyataan.”

Lucia lahir hanya beberapa bulan selepas mereka menimang anak kelima, Eduardo Pao Lucas yang dilahirkan pada 8 September tahun lalu.
Disebabkan perbezaan hanya enam bulan, ramai peminat membuat tanggapan bahawa Lucia merupakan bayi hasil kaedah ibu tumpang atau mungkin juga anak angkat.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











