CHRIS D’ELIA DISAMAN KERANA MEMILIKI FOTO LUCAH GADIS BAWAH UMUR
Pelawak dan pelakon Half Magic, Chris D’Elia disaman kerana melanggar undang-undang eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak persekutuan Amerika Syarikat dua hari lalu.
Ini bukanlah satu kejutan kerana sepanjang tahun lalu, Chris menerima pelbagai dakwaan salah laku seksual namun dia menafikan sekerasnya.
Saman tersebut dikemukan oleh seorang wanita yang mendakwa pelawak tersebut meminta gambar lucah daripadanya ketika dia baru berusia 17 tahun.
Foto: Netflix
Plaintif yang dikenali sebagai Jane Doe mendakwa, Chris melakukan hubungan seks dengannya dan meminta beratus foto dan video lucah daripadanya. Sebahagian besar foto dirakam sewaktu dia masih bergelar gadis bawah umur.
Jane turut mendedahkan mereka mengadakan hubungan kelamin setelah dia dipujuk menghadiri salah satu rancangannya pada 2014. Menerusi satu kenyataan daripada peguam wanita itu, Chris pernah menyebut bahawa ‘usia, kepolosan dan keperawanan Jane menjadikan sesi ranjang itu lebih hebat.’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











