9 TAHUN BERUMAH TANGGA, ALEC BALDWIN TIMANG ANAK KEENAM
Wartawan The New York Times, Katie Rosman menulis satu ciapan di Twitter mengatakan dia telah pun meminta butiran kelahiran daripada pegawai seranta Hilaria, namun jawapan yang diterima adalah, “Kami tidak akan berkongsi!”
Namun tidak lama selepas itu, satu sumber mengesahkan kepada E! News bahawa bayi tersebut sememangnya dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang.

Pada November 2019, Hilaria mendedahkan tentang keguguran yang dialaminya. “Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa bayi dalam kandungan saya tidak lagi bernyawa pada usia 4 bulan. Ingin juga dimaklumkan bahawa walaupun kami sedang berduka, kami akan mampu menghadapinya. Kami sangat bertuah kerana mempunyai empat lagi cahaya mata yang sihat, dan kami tidak akan melupakan kurniaan ini.”
Selain Lucia dan Eduardo, Alec dan Hilaria mempunyai empat lagi putera dan puteri iaitu Romeo (2 tahun), Leonardo (4 tahun), Rafael (5 tahun) dan Carmen (7 tahun). Alec juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 25 tahun yang kini bergelar model, Ireland, hasil perkahwinannya dengan pelakon Kim Basinger.
Apa pun, tahniah kami ucapkan!
Foto: Evan Agostini/Invision/AP/Shutterstock
Pautan berkaitan: NICK JONAS MULA BERBICARA MENGENAI CAHAYA MATA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











