Skip to content

ALASAN MENGAPA JONAH HILL ENGGAN LAGI MEMPROMOSI FILEM TERBAHARUNYA

JONAH HILL TURUN 18 KILOGRAM DEMI WATAK DALAM FILEM INI

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Jonah Hill seorang pelakon yang sangat berbakat namun sering bersembunyi dari lensa kamera.

Dedah Men’s Health, Hill pernah mengatakan bahawa ketika membesar, dia tidak menyukai dirinya sendiri. Salah satu sebabnya adalah kerana dia sukar menyesuaikan diri dengan remaja lelaki bertubuh cergas dan sering dipinggirkan.

Dia juga mengakui berasa sunyi dan tidak memahami nilai harga diri sendiri. Namun itu sebelum dia bertemu Seth Rogen dan beberapa rakan selebriti lain dalam kelompok yang sama dengannya.

Justeru apabila Hill menampilkan susuk yang lebih langsing di karpet merah pada 2011, peminat berasa teruja. Tetapi akuinya, transformasi tersebut secara khususnya adalah demi watak lakonan, bukan matlamat peribadi.

Namun filem apa yang membantu Hill memulakan langkah ke arah gaya hidup lebih sihat sehingga berjaya menurunkan 18 kilogram berat badan?

Menurut IMDB, filem tersebut adalah 21 Jump Street di mana dia dan pelakon gandingan, Channing Tatum diminta melakukan beberapa aksi lagak ngeri sendiri. Justeru mereka terpaksa kerap ke gim untuk meningkatkan kekuatan fizikal.

 

Foto: Imamovienerd

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI

6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI

Bacaan Lanjut