JUVENTUS VS MANCHESTER UNITED: MASA DEPAN CRISTIANO RONALDO MENJADI TANDA TANYA
Umum mengetahui masalah kewangan yang dihadapi Juventus kebelakangan ini. Demi memulihkan keadaan itu, kelab tersebut bersedia melepaskan Cristiano Ronaldo pada bayaran yang agak rendah.
Menurut portal sukan Corriere dello Sport, kemungkinan besar kelab gergasi itu sanggup menerima tawaran serendah £25 juta (RM143.3 juta) untuk melepaskan Ronaldo pada musim panas akan datang.
Pada Liga Juara-juara Eropah baru-baru ini, Juventus tersingkir awal selepas ditewaskan Porto, meletakkan situasi ini dalam keadaan yang lebih sukar.
Malah bekas presiden Juventus, Giovanni Cobolli Gigli turut menegaskan kelab tersebut membuat kesilapan dengan membeli kapten Portugal itu.
Menerusi temu bual bersama Punto Nuovo, Cobolli berkata, “Adakah membeli Cristiano Ronaldo merupakan keputusan yang salah? Sudah tentu. Saya katakannya sejak hari pertama lagi. Dia sememangnya pemain yang hebat, namun terlalu mahal.”

Foto: Daniele La Monaca/Reuters, Massimo Pinca/Reuters
Ronaldo berpindah dari Real Madrid ke Juventus pada 2018 dengan nilai perpindahan melebihi RM473 juta. Kontraknya bersama Juventus akan berakhir pada 2022.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.