CIPTA GAYA ‘STREETWEAR’ DENGAN PEDRO
PEDRO MENGHADIRKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2021 MERANGKUMI AKSESORI UTAMA LELAKI, SEPERTI BEG, DOMPET, TALI PINGGANG. AKSESORI YANG BERNADA KESUKANAN, SEMPURNA SEKALI MEMBENTUK GAYA STREETWEAR YANG LIGAT MENDOMINASI TREND FESYEN SEMASA. GLAM LELAKI CADANGKAN LIMA ITEM UNTUK MENCIPTA GAYA ‘STREETWEAR’ YANG PUNYA ELEMEN EKSKLUSIF.
- SNIKER PUTIH
A must have. Sniker merupakan item terpenting untuk membentuk gaya streetwear yang punya elemen eksklusif, di damping itu menonjolkan imej ‘bersih’ dan matang. Sniker putih PEDRO ini, memiliki reka bentuk yang tegas. Warna merah pada lidah sniker menunjukkan kontra pada warna.
2. BEG PINGGANG
Ikatkan beg pinggang PEDRO pada pinggang. Atau silangkan pada dada untuk memberi ‘nyawa’ pada keseluruhan penampilan. Beg pinggang ini juga cukup praktikal dan versatil. Boleh digayakan untuk ciptaan gaya ‘streetwear’ serta dibawa kala bepergian.
3. BEKAS AIRPOD
Item penting buat golongan muda. Bekas AirPod ini punya rekaan yang versatil. Boleh digantungkan pada pinggang seluar. Dan cukup stylish sekiranya diletakkan pada beg. Butiran tambahan yang sangat mudah untuk dicipta.
4. SNIKER MODEN
We love the colour combo. Paduan warna beige dan cream memperlihatkan trend warna semasa. Think about.. Kanye West..Fear of God..Drake..inilah gaya-gaya yang sinonim dengan gaya ikonik mereka. Terlihat kasual, namun sempurna juga dipadankan dengan celana denim untuk digayakan pada semua acara. Stylish streetwear boleh dibentuk bertunggakkan sniker PEDRO ini.
5. TALI PINGGANG
Bergaya ‘streetwear’ tidak semestinya harus memakai aksesori yang bernada sukan. Kombinasi kemeja T dan seluar wide serta dilengkapi tali pinggang PEDRO ini, tentu sahaja menonjolkan miej ‘streetwear’ yang lebih moden. Stail kekinian yang mula menjadi kegemaran anak-anak muda.
#PEDRO
Artikel berkaitan: UA FLOW VELOCITI WIND, PRESTASI TERPANTAS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.





















