HENRY CAVILL TAYANG OTOT SASA, PEMINAT BERI KOMEN JENAKA
Pelakon kacak, Henry Cavill kini dilihat sedang sibuk membina badan untuk peranannya dalam filem dan televisyen.
Walau mengalami kecederaan Disember lalu, Henry tetap meneruskan sesi latihan fizikal dan menunjukkan dedikasi yang tinggi untuk menjayakan wataknya sebagai Superman juga Geralt of Rivia.
Dan segala penat lelahnya di gim dan padang latihan nampaknya membuahkan hasil! Dengan kerjasama Muscle Tech, Henry kini dilihat mempunyai tubuh yang sasa dengan otot yang mantap, terutama di bahagian paha.
Dia memuat naik satu foto latihan di Instagram kira-kira seminggu lalu dan ia dengan pantas mengundang keterujaan di kalangan peminat.

Foto: Instagram
Peminat wanita tidak berhenti memuji otot kakinya yang timbul, manakala peminat lelaki pula mengagumi kerja keras dan dedikasi Henry sama ada di padang mahupun gim.
Seorang peminat fanatik meninggalkan mesej mengejutkan berbaur jenaka di ruangan komen Instagram pelakon itu. Tulis @feelsforsterek, “Bolehkah anda patahkan leher saya menggunakan paha anda yang sasa? Saya akan berterima kasih.” Ramai pengikut memberi ‘like’ tanda bersetuju.
Seorang lagi peminat berjenaka bahawa Kryptonian memerlukan protein, merujuk kepada watak lakonannya sebagai Superman dan Whey Protein jenama Muscle Tech yang dikongsikannya menerusi hantaran yang sama.

Foto: Instagram
Disember tahun lalu pelakon ini tercedera ketika menjalani penggambaran The Witcher musim kedua. Kecederaan hamstring yang dialami memaksanya untuk berehat daripada sebarang aktiviti lasak. Hanya selepas sebulan, dia kembali ke set untuk menyambung sesi penggambaran siri Netflix itu.
Foto: Ben Watts/Men’s Health
Pautan berkaitan: “SAYA BARU ‘HALF-WAY, BELUM CAPAI TARGET LAGI..” SAHARUL RIDZWAN KONGSI PENGORBANAN & TRANSFORMASI SUSUK TUBUH SASANYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGAPA WAJAH JEREMY RENNER DISUNTING DALAM POSTER MAYOR OF KINGSTOWN?
Sebelum tayangan episod pertama Mayor Of Kingstown, Paramount+ membuat keputusan menyunting wajah Jeremy Renner dalam poster promosi.
“SAYA BERDARAH PEJUANG” – JOE MANGANIELLO DARI KETURUNAN HAMBA KULIT HITAM?
Siri dokumentari Finding Your Roots telah mengubah pemahaman bintang True Blood, Joe Manganiello mengenai dirinya buat selamanya.
ROBERT DOWNEY JR. HAMPIR TIDAK DIKENALI DI SET PENGGAMBARAN THE SYMPATHIZER
Foto terbaru Robert Downey Jr. dirakam ketika barisan pelakon dan kru produksi berehat daripada penggambaran untuk menikmati makan tengah hari.
KEADAAN TERKINI JEREMY RENNER SELEPAS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN
Tahun 2023 bermula dengan duka buat bintang Avengers, Jeremy Jenner apabila terlibat dalam satu insiden buruk yang hampir meragut nyawanya.
5 FILEM TERBAIK BINTANG GLASS ONION: A KNIVES OUT MYSTERY, KATE HUDSON
Sepanjang dua dekad penglibatannya dalam dunia lakonan, Kate Hudson telah menjayakan lebih 40 filem dan rancangan televisyen serta memenangi pelbagai anugerah.
ANGELINA JOLIE BERUNDUR DARIPADA AGENSI PELARIAN PBB
Selepas dua dekad menabur jasa, Angelina Jolie mengucapkan selamat tinggal kepada peranan yang dijayakannya sejak 2001.