LEVI’S®X POKEMON, GEMILANG 25 TAHUN KARAKTER IKONIK POKEMON
LEVI’S®X POKEMON HADIRKAN REKAAN BERNADA ‘STREET WEAR’ DENGAN KERJASAMA KARAKTER IKONIK, POKEMON. KOLEKSI INI DIHASILKAN BUAT MERAYAKAN ULANG TAHUN KE-25 PENGLIBATAN POKEMON DALAM BUDAYA POP.
Sewaktu lewa era ’90-an, dunia dihangatkan dengan kemunculan karakter yang cukup ikonik iaitu Pokemon. Sejak mengenali Pokemon dan karakter-karakter yang lain, bilangan peminat mereka semakin bertambah sehinggalah wujudkan kumpulan peminat, malah ada yang obses dengan Pokemon.
Pokemon merupakan watak yang cukup berpengaruh dan memiliki francais hiburan yang kekal digemari golongan kanak-kanak juga dewasa. Pengembaraan epik watak kesayangan ramai itu, termasuklah Ash dan Mitsy, membuatkan ramai yang ingin turut serta demi menimba keseronokkan dalam kehidupan penuh warna mereka.

Justeru itu, sempena meraikan ulang tahun ke-25 Pokemon tahun ini, Levi’s® hadir dengan koleksi ceria Levi’s® x Pokémon yang berinspirasikan karakter-karakter popular dari siri Pokemon.
“Koleksi hebar ini memberi penghormatan serta meraikan dunia keseronokkan Pokemon, dan ia sesuatu yang menarik apabila dapat menggabungkan sejarah dan ikon yang pastinya menimbulkan nostalgia dan rasa optimistik dengan sedikir unsur eskapisme,” ungkap Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk Levi’s Strauss & Co. mengenaik koleksi edisi terhad ini.
Koleksi ini merangkumi himpunan denim, helaian kemeja, kemeja-T, celana pendek, dan aksesori yang menampilkan grafik serta cetakan warna-warna popular animasi itu, di samping gambaran persekitaran hutan dalam persekitaran Kanto. Setiap rekaan yang terkandung, diilhamkan daripada musim pertama siri animasi Pokemon. Antara helaian yang diketengahkan ialah jaket vintaj fit trucker garapan stail ‘90-an, yang dihiasi sulaman besar karakter Pikachu. Manakala, tampalan bentuk panahan kilat menyimbolkan identiti Pokemon yang cukup dikenali itu.
Khusus lelaki, akesori penting seperti beg gim Pokemon turut dihadirkan, disamping aksesori kecil lain yang cukup playful seperti beg silang berbentuk Poke ball, beg pouck berklip dengan sulaman watak Pokemon pada bahagian depan beg.
#LevisxPokemon #Pokemon
Artikel berkaitan: CIPTA GAYA ‘STREETWEAR’ DENGAN PEDRO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.













