DWAYNE JOHNSON ‘PERTIKAI’ PEMILIHAN PUTERA WILLIAM SEBAGAI LELAKI BOTAK PALING SEKSI
Pelakon Jumanji, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock meluahkan rasa tidak puas hati apabila Duke of Cambridge, Putera William dipilih sebagai Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia tahun ini.
Namun ia hanyalah gurauan yang dimuat naiknya di Twitter. Secara berjenaka, Dwayne mengatakan mahu undian dilakukan semula oleh pihak penganjur kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.
“Bagaimana ia boleh berlaku. Saya mahu undian dikira semula,” tulisnya berserta emoji senyuman.
How in the cinnamon toast f*ck does this happen – when Larry David clearly has a pulse?!?!#demandingrecount ☑️😊 https://t.co/ztO6ND4vk9
— Dwayne Johnson (@TheRock) March 27, 2021
Dalam senarai Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia, Putera William dipilih sebagai juara yang ditentukan oleh jumlah carian terbanyak mengenai ‘lelaki dengan imej botak’ di enjin carian Google.
Menurut The Sun, kajian itu dilakukan oleh pakar bedah kosmetik, Longevita yang mendapati putera itu digambarkan sebagai seksi dalam blog mahupun artikel yang diterbitkan di internet. Untuk tahun lalu sahaja, nama Putera William mencatat 17.6 juta carian.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











