PENYATUAN SEMULA FAIZAL TAHIR & MIRWANA MENERUSI AKU TANPA CINTAMU 2021
Selepas 16 tahun membawa haluan masing-masing, pelantun lagu Gemuruh, Faizal Tahir kembali bersatu dengan kumpulan Mirwana menerusi lagu popular, Aku Tanpa CintaMu versi 2021.
“Tanpa Mirwana, tiadalah Faizal Tahir. Saya cuma mahu mengembalikan semula nostalgia dan ini adalah satu penghargaan buat mereka,” katanya mengenai penyatuan tersebut.
Lagu ini pernah membawa tuah buat Mirwana dan penyanyi Jay Jay apabila dinobat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005.
“Saya tahu ramai yang bertanya dan mahu kami bekerjasama semula. Saya dan Mirwana sebenarnya sudah berbincang sejak beberapa tahun lalu, cuma tunggu masa yang sesuai untuk merealisasikannya,” kata Faizal.
Jelas Mirwana, tahun 2021 merupakan waktu terbaik untuk mereka melancarkan lagu nostalgia itu yang disuntik dengan nafas baharu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUARA KINI: VOKAL BESAR NADEERA DENGAN JIWA ROMANTIS
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Nadeera, salah seorang daripada penyanyi dengan latar belakang serta genre yang berbeza.
SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang yang berbeza.
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.











