JADI DUTA FREE FIRE, ZIZAN RAZAK SEBARIS DENGAN CRISTIANO RONALDO & HRITIK ROSHAN
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak dilantik menjadi duta selebriti Malaysia pertama untuk permainan mudah alih popular, Free Fire.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan permintaan tempatan dan Zizan dilihat telah pun menghiasi kempen pemasaran termasuk iklan televisyen, filem pendek eksklusif dan video muzik yang dilancarkan di platform media sosial seperti YouTube dan Facebook.
Free Fire adalah permainan pertempuran yang direka oleh 111 Dots Studio dan diterbitkan oleh Garena untuk Android dan iOS. Ia merupakan salah satu permainan yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada tahun 2019 dan 2020.
Disebabkan populariti tersebut, ia telah dianugerahkan sebagai Best Popular Vote Game oleh Google Play Store pada 2019. Antara selebriti terkenal yang turut menjadi duta permainan ini adalah bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dan pelakon Bollywood, Hritik Roshan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!
Kereta mewah selebriti Malaysia seperti Lamborghini, Audi & Range Rover jadi simbol status dan gaya hidup glamor mereka.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.











