SIAPA PILIHAN JUARA ROLAND GARROS TAHUN INI?
Juara Roland Garros sebanyak 13 kali, Rafael Nadal mengetuai senarai pemain tenis pilihan dalam mengejar gelaran juara kejohanan Grand Slam kedua di Paris, Perancis.
Satu nama kekal menjadi pilihan juara Roland Garros edisi tahun ini. Seperti tahun-tahun lepas, Rafael Nadal yang telah menjuarai Terbuka Perancis buat kali ke-13 tahun lalu terus mengungguli keojohanan tenis di atas gelanggang tanah liat itu. Walaupun berada pada kedudukan pilihan ketiga, pemain Sepanyol itu dijangka akan menjulang trofi Grand Slam ke-21 keseluruhan, lantas menjadi pemain tenis terbaik sepanjang zaman.

(Photo by Getty Images)
Berikut adalah empat pemain pilihan juara kejohanan Roland Garros 2021 yang berlangsung dari 24 Mei sehingga 13 Jun tahun ini:
Novak Djokovic
Negara: Serbia
Ranking dunia: 1
Kejuaraan Grand Slam: 18

(Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)
Tidak boleh dinafikan, pemain nombor satu dunia ini adalah cabaran terhebat buat Rafael Nadal untuk menjulang trofi kali ini. Selepas menjuarai kejohaan ke-83 di Belgrade minggu lalu, Novak Djokovic dilihat cukup bersedia untuk menjuarai kejohahan Roland Garros keduanya. Awal tahun ini, dia menjuarai kejuaraan Terbuka Australia buat kali kesembilan yang meletakkan dia dengan 18 trofi Grand Slam keseluruhan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!
Bintang tenis dunia Coco Gauff tampil memikat dengan koleksi New Balance X Miu Miu sepanjang kejohanan besar 2025. Ketahui butiran menarik di sini!
HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Berita baik, kini terdapat pelbagai pilihan fon kepala terbaik di pasaran yang direka khusus untuk menyokong gaya hidup aktif anda.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
GAYA PUSHING THE BOUNDARIES G-DRAGON
Dalam dunia fesyen, G-Dragon sentiasa mendahului trend, dan di pertunjukan Chanel SS25 Haute Couture, dia membawa tuxedo ke tahap baharu.
PERKEMBANGAN TERKINI ROGER FEDERER SELEPAS BERSARA DARI ARENA TENIS
Walaupun tidak lagi aktif dalam sukan tenis, kehidupan Roger Federer tetap menjadi perhatian ramai terutama peminatnya dari seluruh pelosok dunia.