SIAPA KHABY LAME, PERSONALITI LELAKI PALING POPULAR DI TIKTOK?
Menerusi satu hantaran terbaru di TikTok, Khaby Lame memberi reaksi kepada video sekumpulan anak muda yang sedang cuba memadamkan api lilin.
Khaby dilihat menggelengkan kepala lalu menghembus lilin di hadapannya sebelum memberi reaksi sarkastik ke arah kamera. Aksi ini adalah sesuatu yang biasa, namun ia berjaya mendapat lebih empat juta likes.
Minggu lalu, Khaby atau nama sebenarnya Khabane Lame mengatasi Addison Rae dengan menjadi personaliti TikTok kedua yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia. Tempat pertama diungguli oleh Charli D’Amelio dengan 120 juta pengikut.
Khaby yang merupakan warga Senegal kini menetap di Itali dan mempunyai lebih 87 juta pengikut dengan 1.2 bilion likes di TikTok. Dia mula aktif di media sosial sejak kehilangan pekerjaan di sebuah kilang di Itali akibat pandemik.

Foto: Theancestory
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LAGU “POLITE” TARIK PERHATIAN, SIAPAKAH FULL CIRCLE BOYS?
Lagu “Polite” nyanyian Full Circle Boys semakin menarik perhatian menerusi iramanya yang mudah diingati. Namun, bukan muzik sahaja yang menjadi tarikan, malah gerakan tarian yang bertenaga dalam video muziknya turut menyerlahkan keunikan kumpulan ini. Gabungan nyanyian dan koreografi menjadikan persembahan mereka lebih menarik untuk ditonton. Persoalannya, siapakah Full Circle Boys dan apakah keistimewaan yang membuatkan…
LAGU ON REPEAT DI TIKTOK SEPTEMBER 2026
Lagu yang sedang hangat di TikTok dan terus bermain di fikiran pengguna, daripada rentak rancak hingga melodi yang memikat.
ARIF ASHRAF, INSPIRASI GAYA GENERASI KINI
"Sebelum masuk 35 tahun, saya berazam untuk melancarkan produk jenama saya sendiri dan membina jenama yang mencerminkan identiti saya"-Ashraf
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
10 APLIKASI DILARANG DI USA SELEPAS TIKTOK
Sebagai pengguna, anda perlu lebih berhati-hati sebelum memuat turun aplikasi. Sentiasa baca ulasan dan semak dasar privasi aplikasi untuk memastikan data anda selamat.
KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 BOSS DI MILAN FASHION WEEK
BOSS kini tampil lebih berani untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2025. Bertempat di Palazzo del Senato, Milan, tema "Out of Office".











