Skip to content

JANGAN GENERALIZE, LELAKI SEBENARNYA CEREWET DALAM MELAWA

Kongsikan artikel ini

Orang selalu fikir bahawa penjagaan diri lelaki itu senang dan ringkas. Secara zahirnya mungkin ya, tapi andai diteliti betul-betul sebenarnya tidak. Saya sendiri pernah beranggapan sedemikian tapi sejak banyak menulis tentang grooming, saya sedar sebenarnya penjagaan diri untuk lelaki hakikatnya sama rumit dengan perempuan. Apa yang membezakannya ialah lelaki punya sifat yang lebih santai, rata-ratanya juga melihat satu-satu hal itu mudah dan jika boleh diringkaskan, mereka akan permudahkan. Tambahan pula ada sebahagian lelaki tidak kisah langsung tentang penjagaan diri yang membuatkan ramai yang menyamakan semua lelaki. Sama seperti perempuan, lelaki juga cerewet dan suka melawa. Jika tak percaya baca satu persatu hal grooming yang saya butirkan berikut.

Kiehl’s Grooming Solutions Nourishing Shampoo + Conditioner

Rambut

Lelaki sebenarnya sangat cerewet tentang rambut. Mereka selesa dengan satu-satu stail yang sudah jadi identiti mereka. Lazimnya lelaki lebih selesa dengan satu stail rambut sahaja. Mereka tidak mahu bertukar-tukar. Jika melakukan penggambaran dengan selebriti, rata-rata artis lelaki tidak selesa terlalu diubah-ubah gaya rambut mereka. Malah ada juga yang lebih senang menggayakan rambut sendiri. 

Lagi satu, lelaki sebenarnya cukup risau jika rambut mereka gugur. Melihatkan potensi lelaki mengalami masalah kebotakan, jadi mereka sangat sensitif jika melihat rambut menipis. Apabila meningkat usia dahi berpontensi menjadi luas kerana garis rambut (hairline) semakin ke belakang. 

lelaki cerewet

Bleu De Chanel Shaving Kit

Jambang & Misai

Jika perempuan selalu ke salon untuk merapi kening, lelaki pula jika berkelapangan akan ke salon atau kedai gunting rambut untuk trim misai dan jambang mereka. Selain bercukur sendiri di rumah, ramai juga lelaki yang lebih selesa untuk memperkemaskan jambang dan misai di salon. 

Bagi yang senang bercukur sendiri, mereka akan melabur membeli alat bercukur yang berkualiti, yang boleh tahan lama. Mata pisau pencukur juga ada bermacam-macam. Produk bantuan bercukur bermacam-macam, ada losen cukur, losen selepas bercukur dan ada juga minyak untuk melembutkan bulu misai dan jambang. 

lelaki cerewet

Clinique For Men Oil Control Facial Wash

Kulit

Sama seperti perempuan, lelaki juga mudah risau bila melihat banyak jerawat di muka. Tangan pasti berasa gatal hendak menyentuh atau memicit jerawat. Tanyalah mana-mana lelaki, mereka juga hendak kulit licin cuma mereka lebih senang dengan rutin yang mudah. Jangan sarankan rejim tujuh atau lapan langkah macam penjagaan kulit orang Korea kepada mereka, tidak semua akan ikut. Cukup empat lima langkah, dari mencuci, penyegar, serum atau pelembap dan krim tabir Suria (krim SPF). 

Calvin Klein Eternity Cologne For Men

Minyak Wangi

Lelaki memang suka berwangi-wangi. Mereka memang suka minyak wangi, cuma rata-ratanya memang selesa dengan satu dua bau sahaja. Mereka tidak suka bertukar-tukar. Jika berlainan jenama sekalipun, bau yang mereka suka mesti ada persamaan. 

NARS Pure radiant Tinted Moisturizer

Bersolek

Lelaki hari ini juga sebenarnya sudah terbuka untuk mencuba alat solek. Mereka juga sudah ada keinginan memiliki kulit yang mulus tiada noda. Beberapa tahun dulu lelaki sudah diperkenalkan dengan tinted moisturizer, kemudian ada pula krim CC. Hari ini mereka sudah berani mencalit sahap noda (concealer) dan bedak asas ke muka. Hal ini mungkin disebabkan bersolek secara perlahan-lahan tidak dianggap tabu di kalangan lelaki. Media sosial juga menjadi salah satu faktor. Itu belum lagi pengaruh bintang Korea yang secara terangannya memang bersolek. 

Artikel Berkaitan: BERANIKAH ARTIS LELAKI KITA MEWARNAKAN KUKU?

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut

BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?

Bacaan Lanjut

6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG

Bacaan Lanjut
cara hilangkan bau badan

Malu Dengan Bau Badan Sendiri? Ini 5 Tip Hilangkan Bau Badan Dengan Pantas

Bacaan Lanjut