SELEPAS PUTERA HARRY, PUTERA WILLIAM PULA UMUM BAKAL TERBITKAN BUKU
Duke of Cambridge, Putera William mengejutkan dunia apabila mendedahkan dia bakal menerbitkan sebuah buku, beberapa hari selepas Putera Harry mengumumkan mengenai biografinya.
William akan menjadi penulis bersama untuk buku berjudul Earthshot: How To Save Our Planet yang bakal diterbitkan sebelum berlangsungnya upacara anugerah Earthshot Prize di London pada Oktober akan datang.
Untuk menghasilkan buku ini, dia menjalin kerjasama dengan Colin Butfield, penasihat kempen alam sekitar serta penerbit eksekutif projek Our Planet WWF dan pemenang anugerah, Jonnie Hughes.
Keterangan mengenai buku itu berbunyi, “Kita mempunyai sepuluh tahun untuk memulihkan krisis alam sekitar, tetapi kita perlukan penyelesaian terbaik dunia dan matlamat yang sama – untuk menyelamatkan planet kita.”
Introducing The Earthshot Prize, the most prestigious global environment prize in history.
This new global prize for the environment will incentivise change and help to repair our planet over the next ten years – a critical decade for the Earth. pic.twitter.com/biAZecHuml
— The Earthshot Prize (@EarthshotPrize) October 8, 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
6 IKON GLOBAL & OBSESI MEREKA TERHADAP PEMBACAAN
Terokai 6 ikon global daripada Jacob Elordi ke Dua Lipa yang membuktikan buku adalah aksesori paling karismatik.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
ISYARAT MANIS DARIPADA PUTERA WILLIAM BUAT ANAK PEREMPUANNYA, PUTERI CHARLOTTE
Putera William secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada Puteri Charlotte dengan memakai gelang manik pemberian puterinya.
ALASAN MENGAPA PUTERA WILLIAM TIDAK PERNAH MENYARUNG CINCIN PERKAHWINAN
Ramai tidak menyedari bahawa Putera Wales tidak pernah menyarung cincin sejak mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.
PUTERA HARRY TERIMA ‘HADIAH HARI LAHIR’ DARIPADA MENDIANG PERMAISURI ELIZABETH
Kekayaan Putera Harry meningkat secara mendadak pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.











