FIRDHAUS, BAKAT BARU TO WATCH
FIRDHAUS (@fffirhaus) BARU MELANCARKAN SINGLE LAGU MELAYU PERTAMA “AKU GILA KAMU”. MEMILIKI BAKAT YANG MENGAGUMKAN. FIRDHAUS DIPERHATIKAN MEMILIKI STAIL YANG UNIK. WAJARLAH MENJADI INSPIRASI BUAT GOLONGAN MUDA KHASNYA.
PERKHABARAN BAHARU FIRDHAUS?
Duduk di rumah dan menulis banyak lagu. Banyak refleksi diri, merancang pelan seterusnya, muzik baru dan banyak benda lain! Oh dan juga bermain PS4 saya. Haha!
KONGSIKAN REVOLUSI GAYA PERIBADI?
Sebelum ini, saya tidak tahu cara berpakaian. Saya rasa saya terlalu ‘mencuba’ untuk mencampurkan dan memadankan pakaian berwarna yang berbeza dan ia ternyata buruk. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya rasa saya lebih mengenali diri saya sekarang. Apa yang saya suka dan yang saya tidak suka. Terutama sejak berpindah ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan ramai orang dan jenama.
APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN FIRDHAUS?
Ada hari-hari saya suka pada gaya Jay Park, Mino, Justin Bieber dan Chris Brown (lebih cenderung kepada hip hop). Dan ada hari-hari saya suka gaya Keshi (lebih sederhana). Gaya mereka saling bertentangan antara satu sama lain.
Itu semua bergantung pada ‘mood’ yang saya suka. Tetapi saya sangat menyukai artis yang berpakaian sederhana. Terutamanya dalam zaman di mana orang banyak berusaha untuk tampil menonjol di antara satu sama lain. Saya sangat suka individu yang tetap setia pada diri mereka sendiri.
HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI PENYANYI DAN ARTIS BARU?
Pada saya, ia adalah sebahagian daripada keseluruhan pakej dan penceritaan. Contohnya, gaya artis haruslah selari dengan muzik atau seni mereka dengan baik.
APAKAH STAIL YANG INGIN FIRDHAUS CADANGKAN KEPADA LELAKI HARI INI?
I really think it’s about wearing what you like. Tidak kira apa trend sekarang. Luangkan sedikit masa untuk bereksperimen, mencuba lebih banyak gaya dan berfikir di luar kotak, kemudian akhirnya anda akan menemui benda yang anda sukai. Tidak ada yang betul atau salah.
HOW DO YOU THINK THAT FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC.
Saya rasa semakin banyak pertunjukan fesyen mula disiarkan dalam talian. Saya rasa sangat cool kerana lebih ramai orang dapat menontonnya secara langsung dan mengalami pengalaman keseluruhannya dan mengetahui lebih lanjut mengenai fesyen.
SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Saya pernah berjumpa MK K-Clique di sebuah acara fesyen. Dia punya aura dan gaya yang saya sangat suka!
BAGAIMANAKAH FIRDAHUS MENJAGA DIRI DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Tahun lalu merupakan tahun yang sangat sibuk bagi saya. Oleh itu, saya benar-benar menghabiskan banyak masa berehat semasa ‘lockdown’ ini, tidak terlalu menekankan diri saya. Tidur, menonton filem, bermain game. Membiarkan fikiran saya berehat sebentar.
ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?
Baru membeli mikrofon untuk studio di rumah. Been wanting it for a while!
PROJEK AKAN DATANG?
Baru sahaja melancarkan single lagu Melayu pertama saya “Aku Gila Kamu”. Bakal mengadakan beberapa kolaborasi lagi dan sedang mencari masa untuk fokus menyiapkan album pertama.
Artikel berkaitan: THE NEW COOL, CHUBB-E
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
LIMA LAGU GALAU TERBAIK NAIM DANIEL YANG WAJIB DENGAR
Naim Daniel, nama yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia, telah memikat hati peminat dengan suara merdunya dan lirik yang penuh emosi.
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JONATHAN ANDERSON
Dalam dunia fesyen yang sering diwarnai nama-nama besar, Jonathan Anderson berdiri megah sebagai suara yang berani, berbeza, dan tidak pernah takut mencabar ketradisionalan gaya.