Skip to content

SIRI SNIKER ANIME SKECHERS X ONE PIECE KEMBALI

Kongsikan artikel ini

Koleksi sniker kolaborasi antara Skechers dan One Piece kini kembali dengan lima karakter utama daripada siri anime Manga yang popular dalam tiga desain kegemaran peminat.

Berita naik buat peminat One Piece! Siri anime Manga popular itu sekali lagi berkolaborasi bersama Skechers untuk menghasilkan rangkaian sniker yang menjadi kegemaran peminat. Koleksi kali ini diinspirasikan daripada lima karakter utama One Piece dalam tiga desain yang berbeza. Kolaborasi eksklusif ini telah dimulakan sejak 2019.

Skechers cukup terkenal dengan rekaan kasut yang menggabungkan fungsi, desain dan keselesaan. Untuk kolaborasi ini, lima karakter utama One Piece ini boleh didapati dalam tiga desain daripada siri sniker popular. Termasuklah siri Monster yang bold, siri Stamina V2 dengan stail urban-sporty dan juga siri D’Lites 4.0 yang kekal ikonik.

(Skechers Monster in Franky)

Kolaborasi ini menampilkan pilihan warna-warna terang dan motif yang unik, selari dengan setiap karakter utama daripada One Piece iaitu Monkey D. Luffy, Franky, Roronoa Zoro, Vinsmoke Sanji serta Tony Tony Choppe. Setiap desain akan memberikan perhatian kepada perincian, juga aksesori utama milik setiap karakter seperti topi Jerami Luffy dan juga haramaki hijau Zoro.

Buat pertama kali, siri kolaborasi ini akan menampilkan dua desain kasut buat kanak-kanak yang menampilkan karakter Tony Tony Chopper dan Monkey D. Luffy yang buat dipadankan bersama koleksi dewasa lelaki dan wanita.

(Skechers D’Lites 4.0 in Luffy)

Bukan koleksi sniker sahaja, kolaborasi  ini juga merangkumi rangkaian pakaian dan aksesori seperti kemeja-t, baju hoodie, topi dan dompet yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Koleksi Skechers X One Piece ini boleh didapati di laman sesawang Skechers Malaysia atau stor fizikal di seluruh negara termasuklah 1Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan banyak lagi. Juga di stor rasmi di platform Shopee dan Lazada.

Foto: Skechers Malaysia

Baca lebih lanjut: DJI OM 5 MENGINSPIRASIKAN KREATIVITI VIDEOGRAFI BUAT CONTENT CREATOR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut
Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut