JAGA KULIT SEJERNIH KRISTAL BERSAMA SK-II PITERA ESSENCE
Cukup sinonim dengan rutin penjagaan wajah bertaraf antarabangsa. SK-II dalam edisi terhad PITERA ESSENCE hadir dengan elemen serba unik.
SK-II kembalikan aura harimau dalam edisi terhad PITERATM1 ESSENCE melalui inspirasi “Rewrite Destiny and Own Your Stripes”. Tahun ini elemennya cukup bertenaga kerana PITERATM1 ESSENCE sudah cukup resmi dengan intipati istimewa selama 40 tahun. Malah, esen ini juga merupakan pilihan utama setiap individu.
Tidak salah, untuk anda mulakan rutin penjagaan wajah dengan tambahan PITERATM1 ESSENCE kerana transformasinya membuahkan wajah sejernih kristal. Rahsia utamanya adalah terletak pada proses pemerapan sake yang melalui kajian khas dalam meremajakan kulit wajah tanpa sebarang garis kedutan. Sejak tahun 2003 hingga 2018, Facial Treatment Essence ini telahpun memenangi lebih 330 anugerah kecantikan seluruh dunia dan melambangkan ianya salah satu produk paling berprestij di SK-II.
Artikel berkaitan 5 TIP MILIKI KULIT SIHAT DAN SEGAR SEPERTI ATLET
Sambil menyambut tahun harimau, beranikan diri untuk memilih edisi terhad SK-II PITERATM1 ESSENCE dalam rutin penjagaan kulit wajah. Cara pemakaian cukup mudah, hanya tuang pad kapas dan sapu secara rata pada permukaan kulit wajah selama 1 minit, jangan lupa bahagian leher juga. Sesuai pada setiap pagi dan malam selepas membersihkan wajah.
https://www.youtube.com/watch?v=54Im_-IRABo
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH
Rawat segera masalah lingkaran bawah mata kerana ia akan membawa kepada kulit penuaan. Tiga produk pilihanGL sebagai solusi terbaik
MANJA WAJAH DENGAN 5 PUPUR TOPENG TERBAIK
Ekstrem dalam penjagaan kulit wajah? Tiada salahnya! Tambah pupur topeng sebagai perapian lengkap untuk miliki wajah lebih bersih dan sempurna.