TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH
RAWAT SEGERA MASALAH LINGKARAN BAWAH MATA KERANA IA AKAN MEMBAWA KEPADA KULIT PENUAAN TIGA PRODUK PILIHAN GL SEBAGAI SOLUSI TERBAIK.
BEBAS BAYANG HITAM BAWAH MATA
Melanin penyebab utama kulit semakin kusam dan kasar. Juga disebabkan oleh kekeringan, pencemaran serta kekurangan peredaran darah. Daripada siri GenOptics, SK-II melancarkan NEW1 GenOptics Under Eye Circle. Ini merupakan serum mata pertama SK-II yang menangani masalah penjagaan mata penuh revolusi. Gabungan formula utama PITERATM , teknologi aura GenOptics dan diperkaya dengan kompleks ganda dual GenOptics iaitu LA-Bright dan Sodium Lactate. Xylitol dan Trehalose membantu mengurangkan kekusaman dan kulit kembali sihat dengan lebih cerah dan lapisan kulit lebih lembut. Serum mata ini hadir dengan tekstur lightweight yang direkabentuk dengan aplikator bola penggelek seramik. Urutan “friction-less” membantu meningkatkan peredaran darah dan menyejukan kulit bawah mata.
MATA KEMBALI BERTENAGA, TERHIDRASI
Pernahkah anda mengalami masalah mata sembap, letih dan kusam. Pilih Dermalogica Awaken Peptide Eye Gel sebagai solusi terbaik anda! Bersifat gel tekstur ini mampu mengurangkan bengkak dan garis halus malah menghidrat keliling mata. Kulit akan lebih tegang dan licin. Bersama kesan efektif formula aktif Tetrapeptides, Kafein dan ekstrak daun Rosemary untuk mengurangkan lingkaran hitam. Asid Succinic pula untuk kulit lebih cerah manakala ekstrak biji Voandzeia Subterranea buat kulit lebih licin dan bercahaya. Hanya dengan 10 minit keliling mata akan tampak bertenaga dan sihat.
ESENSI MATA SEGAR DAN BERSINAR
Dalam rangkaian Skin Care+, Aesop memperkenalkan Exalted Eye Serum sebagai pelengkap rutin penjagaan kulit wajah. Produk ini diformulasikan khas dengan membariskan vitamin terbaik seperti B3,B5, C dan E. Kehadiran vitamin ini ibarat booster kepada lingkaran bawah mata yang sembap dan tidak bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitive. Serum mata ini bertekstur ringan dan mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan minyak. Untuk kesan yang menenangkan, minyak esensi turut menjadi sumber utama seperti Cedar Atlas dan Frankincense bersama minyak Juniper Berry membawa aroma suam dan menenangkan.
Artikel berkaitan SERUM MATA, PENAWAR KELETIHAN & KELESUAN WAJAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AESOP DAN RICK OWENS
Pertemuan luar biasa antara figura fesyen mencetus kolaborasi paling ditunggu-tunggu. Koleksi edisi terhad dedikasi kepada sinergi antara Aesop dan Rick Owens.
JANGAN PICIT JERAWAT! CLEAR START POST-BREAKOUT FIX SEDIA MEMBANTU
Kulit breakout sentiasa akan berlaku! Dermalogica clear start hadir dengan solusi terbaik dalam mengatasi masalah ini dengan cepat.
JAGA KULIT SEJERNIH KRISTAL BERSAMA SK-II PITERA ESSENCE
Cukup sinonim dengan rutin penjagaan wajah bertaraf antarabangsa. SK-II dalam edisi terhad PITERA ESSENCE hadir dengan elemen serba unik.
AESOP MEMANIPULASI MANFAAT PARSLEY SEED
Saya anggap Aesop satu jenama penjagaan diri yang cukup utuh dengan estetika yang tersendiri. Jenama kelahiran Australia ini memang menang dalam trademark atau identiti dirinya. Penggunaan botol gelapnya dalam majoriti rangkaian produknya cukup disukai. Ia tampak bersahaja namun ada kelas. Tidak bergantung pada ‘imej’ semata, Aesop juga mengiringi kekuatan identitinya itu dengan produk berkualiti yang…
CLEAR START BERSIHKAN KULIT WAJAH
Tahukah anda walaupun kulit berminyak perlu ada ruang kelembapan. Dermologica Clear Start kunci rahsia kulit sihat.
5 HARUMAN UNISEKS UNTUK KAMU DAN PASANGAN
Jika ditanyakan kepada saya, secara peribadinya saya rasa haruman seeloknya tidak dibahagi-bahagikan kepada jantina, kerana kita seharusnya bebas menyukai bau apa yang sesuai dengan jiwa kita. Namun secara semula jadinya kita cenderung mengkelaskan beberapa jenis haruman berpandukan personaliti dan karakter. Jika aroma yang sarat dengan bunga-bungaan lebih sesuai disembur oleh perempuan kerana secara lazimnya bunga…