Skip to content

ENERGI SENI, ‘SPIRITED AWAY’ DI KOLEKSI KAPSUL LOEWE

Kongsikan artikel ini

UNTUK KOLEKSI KAPSUL YANG BAHARU, LOEWE MENUNJUKKAN TAMPILAN GAYA YANG SELURUHNYA MENGENAKAN BERAGAM BUSANA PLAYFUL DAN QUIRKY. MENAMPILKAN KARAKTER-KARAKTER IKONIK FILEM ANIMASI JEPUN ‘SPIRITED AWAY’ PADA DERETAN REKAAN. 

Jonathan Anderson bijak mengantara koleksi Loewe, agar sentiasa tampil segar dan mengujakan. Sejurus selepas pelancaran koleksi the Holiday 2022, Loewe menggamit memori khususnya anak-anak generasi ‘90-an dengan menjalinkan kerjasama bersama Studio Ghibli. Menghasilkan koleksi kapsul bersama filem animasi ‘Spirited Away’, sekaligus menunjukkan kecintaan Loewe pada karya-karya seni Jepun klasik. 

‘Spirited Away’ merupakan filem yang dilancarkan pada 2001 arahan oleh Hayao Miyazaki. Filem ikonik tersebut punya kelompok pengikut yang besar. Turut pernah meraih anugerah filem animasi terbaik di Academy Awards. Memiliki jalan cerita yang sederhana dan ringan, turut menyelit pelbagai mesej-mesej positif. 

Mengisahkan tentang persahabatan Chihiro dengan Haku dan Kaonashi, kesetiaan dan kesukaran dalam menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Sebuah filem yang banyak pengajarannya.

Karakter-karakter dari filem tersebut ditampilkan pada seluruh rekaan, nyata menghembuskan nuansa penuh nostalgia. Seluruh koleksi beragam busana playful dan quirky, merangkumi aksesori seperti beg dan topi. Yang menunjukkan kebebasan untuk berbusana yang berkonsepkan genderless. Lagi-lagi, Jonathan mengedepankan unsur fluid yang kerap ia gagas pada koleksi-koleksi rekaannya yang tak membatasi busana lelaki untuk terlihat konservatif. 

Grafik-grafik ‘vibrant’ dan lantang ternyata menarik pandangan. Unsur seni yang mengemukakan kehidupan bebas yang bertenaga diterjemahkan melalui busana beraliran kasual. Koleksi ini justeru merancang kemeja T yang oversized, celana, beg-beg unik, bahkan aksesori kecil berhiaskan sulaman dan cetakan menjadi pilihan utama. 

Koleksi kapsul ini terdiri dari pakaian siap pakai dengan butiran dan motif menggemaskan yang terinspirasi dari karakter-karakter ‘Spirited Away’. 

Karakter Chihiro dan Haku, skaf dan selimut yang dihiasi dengan lukisan wajah-wajah karakter terpilih. Turut terlihat menghiasi balutan beg kulit dan kanvas, merangkumi Amazona, Puzzle, Hammock dan Flamenco. 

Kegemaran Jonathan yang menyukai struktur dan permainan kombinasi material kekal mengupayakan melalui ikoleksi ini. Material yang termasuk unik garapannya kali ini adalah menggunakan teknik pembuatan klasik dari Jepun. Yang dikenali sebagai ‘boro’. 

Membahas nuansa playful, koleksi kapsul Loewe dan Spirited Away, antara koleksi yang berjaya menghasilkan beragam aksesori yang memikat pandangan dan tentu sahaja ingin dimiliki musim ini. 

Artikel berkaitan: HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut