PENGALAMAN BELI-BELAH PERIBADI DI BUTIK INDIGO LEVI’S® SURIA KLCC
Barisan selebriti selebriti dan bintang media sosial seperti Sean Lee, Yonny Boii, Chubb-E dan Zhen Ningg antara yang hadir di pembukaan butik INDIGO di Levi’s® Suria KLCC.
Terletak di aras 3 Suria KLCC, Levi’s® secara rasminya melancarkan butik berkonsep baharu yang lebih mengujakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Butik INDIGO pasti menjadi destinasi utama untuk pengalaman membeli-belah yang menyerlahkan lagi keunggulan, keaslian serta ketulenan jenama denim ikonik itu. Barisan selebriti selebriti dan bintang media sosial seperti Sean Lee, Yonny Boii, Chubb-E dan Zheng Ningg antara yang hadir di pembukaan butik baharu ini.
Meliputi keluasan keseluruhan 203 meter persegi, butik INDIGO ini merupakan yang pertama berkonsep baharu serta direka untuk menyampaikan visi global secara konsisten, Ia turut menggunakan teknologi terkini menerusi kepelbagaian penyesuaian dan keupayaan omnichannel bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan untuk pengguna, dengan menawarkan konsep endless-aisle untuk pelanggan mencari saiz dan padanan yang sesuai.

Sean Lee
Sebagai bukti kepada dedikasi mereka menyerlahkan ekspresi diri menerusi kreativiti, hasil pertukangan dan usaha mampan, Levi’s® turut memperkenalkan Tailor Shop sepenuhnya kepada peminat di Malaysia. Ruang jahitan dan pengubahsuaian ini menawarkan perkhidmatan unik dan diperibadikan yang dikendalikan oleh Tukang Jahit Utama (Master Tailor) Levi’s®.

Yonny Boii & Sean Lee
Dengan hadirnya ruangan ini sebagai nadi dalam cambahan pengalaman membeli-belah di Levi’s, pelanggan berpeluang memperibadikan pembelian baharu atau menghidupkan semula barangan vintaj dengan variasi pin, butang berwarna, tampalan dan reka bentuk sulaman untuk memberi nafas baharu kepada helaian Levi’s kegemaran mereka, sama ada yang baharu atau yang sudah lama digayakan.

Zhen Ningg
Di ruangan seterusnya, pelanggan dapat melihat Bar Cetakan Digital pertama di Malaysia. Pilih daripada seleksi grafik eksklusif Levi’s® untuk dicetak menjadi versi kemeja-T peribadi tersendiri, yang hadir dalam rona hitam, putih dan kelabu. Nantikan kemeja-T kanak-kanak, hoodie serta beg tote yang bakal ditawarkan di Bar Cetakan Digital ini.

Chubb-E
Selain koleksi denim, butik INDIGO di Levi’s® Suria KLCC turut menawarkan koleksi gaya hidup bukan denim seperti Red Tab™ Sweats serta himpunan premium Koleksi Vintaj Levi’s® dan koleksi Levi’s® Made & Crafted®. Tidak dilupakan, ruang mencuba pakaian yang berkeluasan 32 meter persegi memberikan keselesaan optimum dengan pemandangan indah Taman KLCC di ruang Style Lounge.
Foto: Levi’s® Malaysia
Baca lebih lanjut: WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!
Levi's dan Stussy adalah kolaborasi yang paling ditunggu semua peminat denim. Kolaborasi ini, menerapkan ciri khas Stussy kedalam koleksi denim Levi's bagi menghasilkan gaya yang lebih klasik.
LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022
LEVI’S® menginovasi denim 501® menyuntik jangka hayat yang lebih lama dilengkapi perincian menarik. Gaya musim percutian nyata ‘stylish’!
PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan sejak 149 tahun dengan menceduk inspirasi untuk sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.
SEAN LEE BAKAL SERTAI FILEM ‘DC LEAGUE OF SUPER-PETS’ SEBAGAI WAFFLES
Selebriti berbakat besar, Sean Lee bakal menyumbangkan suaranya kepada karakter Waffles dalam filem “DC League of Super-Pets” yang akan ditayangkan di pawagam bermula 28 Julai 2022.
THE SIMPSONS – INSPIRASI BUDAYA POP LEVI’S
Levi’s mengimbau kembali budaya pop bersama siri televisyen popular, The Simpsons untuk himpunan musim Bunga/Panas 2022.
THE NEW COOL, CHUBB-E
Bintang muda yang semakin dikenali, Chubb-E, berpotensi tinggi dalam bidang seni kerana bakatnya. GLAM Lelaki sembang fesyen bersama Chubb-E. We think he is the new cool!