Skip to content

Fantasi Gucci Garden di Pavilion KL

Kongsikan artikel ini

 

Kini, kita sudah cukup fasih dengan imaginasi pereka Alessandro Michele. Koleksi Gucci RTW Musim Luruh/Sejuk 2016-17 cukup hidup dengan sentuhan aneka era berbeza dipadukan menjadi satu. Yang pasti, cetakan flora dan fauna tampil meriah, mewakili fantasi si pereka yang mengakui cintanya pada ilham vintaj dan romantisme.

Meraikan daya kreativiti pereka ini, Gucci mepersembahkan Gucci Garden, satu instalasi sementara yang dihidupkan haiwan dan serangga eksotik yang menghiasi koleksi Alessandro Michele. Diterbangkan khas dari Itali, instalasi ini akan kekal hanya sehingga Selasa, 18 Oktober 2016 di butik Gucci, Pavilion KL.

Turut dipamerkan semestinya seleksi looks dan aksesori daripada koleksi Gucci Musim Luruh/Sejuk 2016-17.  

Jangan lepaskan peluang anda menghayati instalasi penuh fantasi ini! Kunjungi butik Gucci, Pavilion KL sekarang.

 

7

Ruang Gucci Garden serba merah jambu dengan aneka haiwan eksotik dan makhluk mitos menghidupkan butik Gucci di Pavilion KL

8

Rakan-rakan unggas dan rama-rama mempamerkan himpunan aksesori terkini daripada koleksi Gucci Musim Luruh/Sejuk 2016-17

9

The Scarlet King Snake, ikon yang sudah sinonim dengan imaginasi pereka Alessandro Michele, di Gucci Pavilion KL

10

Setiap inci instalasi Gucci Garden – termasuk harimau ini – telah diterbangkan khas dari Itali dan akan dipamerkan sehingga Selasa, 18 Oktober sahaja

11

The three-headed hydra, makhluk mitos yang turut dijadikan motif utama dalam koleksi Gucci FW 2016-17

13

Lady bugs & lady bags, di Gucci Pavilion KL

14

Antara seleksi looks daripada Gucci RTW Musim Luruh/Sejuk 2016-17 kini di Gucci, Pavilion KL

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut