Skip to content

TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH

Kongsikan artikel ini

RAWAT SEGERA MASALAH LINGKARAN BAWAH MATA KERANA IA AKAN MEMBAWA KEPADA KULIT PENUAAN TIGA PRODUK PILIHAN GL SEBAGAI SOLUSI TERBAIK.

BEBAS BAYANG HITAM BAWAH MATA

Melanin penyebab utama kulit semakin kusam dan kasar. Juga disebabkan oleh kekeringan, pencemaran serta kekurangan peredaran darah. Daripada siri GenOptics, SK-II melancarkan NEW1 GenOptics Under Eye Circle. Ini merupakan serum mata pertama SK-II yang menangani masalah penjagaan mata penuh revolusi. Gabungan formula utama PITERATM , teknologi aura GenOptics dan diperkaya dengan kompleks ganda dual GenOptics iaitu LA-Bright dan Sodium Lactate. Xylitol dan Trehalose membantu mengurangkan kekusaman dan kulit kembali sihat dengan lebih cerah dan lapisan kulit lebih lembut. Serum mata ini hadir dengan tekstur lightweight yang direkabentuk dengan aplikator bola penggelek seramik. Urutan “friction-less” membantu meningkatkan peredaran darah dan menyejukan kulit bawah mata.

MATA KEMBALI BERTENAGA, TERHIDRASI

Pernahkah anda mengalami masalah  mata sembap, letih dan kusam. Pilih Dermalogica Awaken Peptide Eye Gel sebagai solusi terbaik anda! Bersifat gel tekstur ini mampu mengurangkan bengkak dan garis halus malah menghidrat keliling mata. Kulit akan lebih tegang dan licin. Bersama kesan efektif formula aktif Tetrapeptides, Kafein dan ekstrak daun Rosemary untuk mengurangkan lingkaran hitam. Asid Succinic pula untuk kulit lebih cerah manakala ekstrak biji Voandzeia Subterranea buat kulit lebih licin dan bercahaya. Hanya dengan 10 minit keliling mata akan tampak bertenaga dan sihat.

ESENSI MATA SEGAR DAN BERSINAR

Dalam rangkaian Skin Care+, Aesop memperkenalkan Exalted Eye Serum sebagai pelengkap rutin penjagaan kulit wajah. Produk ini diformulasikan khas dengan membariskan vitamin terbaik seperti B3,B5, C dan E. Kehadiran vitamin ini ibarat booster kepada lingkaran bawah mata yang sembap dan tidak bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitive. Serum mata ini bertekstur ringan dan mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan minyak. Untuk kesan yang menenangkan, minyak esensi turut menjadi sumber utama seperti Cedar Atlas dan Frankincense bersama minyak Juniper Berry membawa aroma suam dan menenangkan.

Artikel berkaitan SERUM MATA, PENAWAR KELETIHAN & KELESUAN WAJAH

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

Bacaan Lanjut
PRODUK PELINDUNG MATAHARI

7 HARI 7 PRODUK PELINDUNG CAHAYA MATAHARI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut

PERTUNJUKAN 3D INTERAKTIF SEPHORA MALAYSIA YANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

7 HADIAH GROOMING PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

Bacaan Lanjut

5 MINYAK WANGI TERKINI PILIHAN LELAKI ALPHA

Bacaan Lanjut