ONITSUKA TIGER NIPPON MADE, KOMBINASI TRADISI DAN INOVASI
SELAMA BERTAHUN-TAHUN, ONITSUKA TIGER MENGUKUHKAN JENAMANYA DENGAN RANGKAIAN KASUT BERGAYA. MENGGABUNGKAN SEJARAH DENGAN MODENISASI. SATU JENAMA FESYEN BERESTETIKA SUKAN YANG PROGRESIF.

Sniker MEXICO 66 DELUXE dari koleksi NIPPON MADE akan digantung sehingga kering selepas dicuci satu persatu.
Memiliki sejarah yang sudah berlangsung lebih dari tujuh dekad, tidak hairanlah jika Onitsuka Tiger melihat ke warisannya sebagai sumber inspirasi.
Oleh kerana itu, tidak diragukan lagi adanya koleksi kasut yang mencitrakan tradisi dan inovasi yang menjadi keutamaan. Peminat Onitsuka Tiger di seluruh dunia punya sebab-sebab tersendiri untuk menyukai rekaan agung Onitsuka Tiger: berkualiti, nyaman, daya visual memikat serta ketukangan Jepun yang berprestasi tinggi.
Karakter yang dinyatakan tercetus daripada perspektif peribadi penggemar Onitsuka Tiger sendiri. Maka itu, terhubung langsung siri NIPPON MADE Onitsuka Tiger, yang menapuk ‘Made in Japan’, menjulang warisan seni pertukangan Jepun yang tiada tandingan, seterusnya menerokai gaya peribadi penyuka Onitsuka Tiger. Segala proses pembuatan dijalankan di Sakaiminato, Tottori. Pun begitu, tidak semua koleksi NIPPON MADE menjalani proses pembuatan yang sama.
Pada tahun 2008, Onitsuka Tiger melancarkan rangkaian NIPPON MADE, didorong oleh keinginan untuk meraikan warisan ahli tukang dan artis seni Jepun. Melihat pada senario hari ini, yang mana industri fesyen kian berubah, NIPPON MADE diperkenalkan kerana mahu mendidik konsumernya bahawa kualiti mengatasi kuantiti dan kesederhanaan adalah abadi. Sejajar dengan penerapan kelestarian fesyen yang semakin menjadi kepentingan jenama.

NIPPON MADE adalah 100 peratus buatan di Jepun, ditandai dengan logo jenama yang menghiasi lidah kasut secara halus, langsung mengertikan kemewahan gaya. Membentuk penegasan gaya tersendiri. Rangkaian NIPPON MADE memiliki daya tarikan yang berbeza berbanding koleksi kasut Onitsuka Tiger yang biasa. Koleksi NIPPON MADE menawarkan kenyamanan sepenuhnya, reka bentuk yang lebih kukuh, kerana penggunaan bahan yang lebih tebal dan tahan lama.
Kasut yang terkandung dalam siri NIPPON MADE tidak dinafikan setanding dengan rekaan premium, dengan melihatkan pada kemahiran khusus yang diperlukan untuk menyempurnakan dan meneliti setiap perincian, merangkumi jahitan terhalus. Saat menyarungnya, anda pasti dapat mengesan kecirian khas tersebut, apalagi berpadu esensi sporty dan penuh semangat.
KASUT IKONIK
Antara rekaan ikonik mendukung koleksi NIPPON MADE adalah beberapa sniker Mexico 66 Deluxe. Setiap daripadanya hadir dalam kuantiti yang terhad oleh kerana pengawalan kualiti.

Ahli tukang yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman menjahit dikhususkan untuk meneliti pembuatan NIPPON MADE. Menjahit material kulit yang tebal memerlukan tahap kemahiran tertentu. Terutamanya untuk bahagian kasut yang berlainan, bertindih-menuntut fokus yang tinggi.
Bergantung pada reka bentuk kasut dan ciri-ciri bahan, proses ini dilakukan sama ada dengan menggunakan hujung jari kaki atau dengan tangan.
Rangkaian NIPPON MADE menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti suede kulit kambing, kulit bebas krom dan kulit licin. Lebih tebal kulit, lebih banyak kemahiran yang diperlukan untuk menggabungkan kepingan.

SPESIFIKASI BERMUTU
Kasut NIPPON MADE, mendasari ketukangan Made in Japan juga direka setanding kasut untuk para atlet Jepun yang terkenal, seperti pemain besbol dan pelumba lari. Dalam erti kata lain, ahli tukang yang mahir dalam mengendalikan pertukangan kasut untuk jaguh sukan dan atlet yang pernah meraih pingat, juga mengeluarkan kasut yang serupa untuk konsumer biasa dengan menggunakan teknik dan sumber peralatan yang sama. Prestasi kasut yang terjamin kualitinya.
Kasut NIPPON MADE yang dikeluarkan di SANIN ASICS Industry di Sakaiminato dihantar ke kilang pemprosesan di Higashiosaka, Osaka untuk sentuhan akhir. Di sana, Sagawa Crafts akan mengendalikan keseluruhan pemprosesan produk sejak NIPPON MADE dihasilkan.
Keajaiban tidak berhenti sampai di situ sahaja, setiap tampilan seni yang meliputi bahagian kasut turut menjadi keutamaan. Memadukan dua elemen penting yang sulit untuk dihadirkan dalam sebuah penciptaan sniker iaitu perpaduan antara fesyen dan keselesaan.
Kecirian yang hadir pada seluruh penciptaan sniker dan bantalan empuk yang diposisikan prima pada beberapa bahagian tertentu, serta juga hujung sniker, tentu menjanjikan sensasi kenyamanan yang tiada tara. Keseluruhan sniker dijamin sempurna untuk pemakai berekspresi sesuai dengan karakter tersendiri.
Koleksi NIPPON MADE boleh didapati di butik flagship Onitsuka Tiger, tingkat 3, Pavilion Mall dan maklumat lanjut di laman web NIPPON MADE.
#OnitsukaTiger
Artikel berkaitan: INTEGRASI FESYEN DAN SUKAN ONITSUKA TIGER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK
Kota-kota di Asia kini menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi lebih-lebih lagi buat penggemar fesyen.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.











