PUNCA SEBENAR BTS TIDAK AKAN MENGHADIRI BILLBOARD MUSIC AWARDS 2022
BTS baru sahaja menghiburkan peminat di Las Vegas bulan lalu selama empat hari sempena konsert Permission To Dance On Stage.
Malangnya, BTS mengesahkan mereka tidak akan kembali ke bandar raya itu untuk memeriahkan Billboard Music Awards 2022 yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini.
Menurut Allkpop, keputusan tersebut dibuat kerana kumpulan K-Pop tersohor itu kini sedang memberi tumpuan penuh pada album baharu mereka berjudul Proof yang bakal menemui peminat pada 10 Jun akan datang.
RM, Suga, V, Jin, Jimin, J-Hope dan Jungkook dilaporkan tidak akan menghadiri sebarang majlis anugerah sehingga Proof dilancarkan namun akan memberi ucapan kemenangan menerusi video jika dinobat sebagai pemenang.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU
Tuah menyebelahi Jin apabila diangkat sebagai wajah global baharu rumah fesyen mewah Itali, Gucci.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023
Dari filem “Malbatt: Misi Bakara” kepada siri “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Disember 2023.
CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK
Calvin Klein meraikan koleksi jeans musim luruh 2023 dengan malam fesyen dan muzik yang menampilkan bintang sensasi Korea Selatan, Jung Kook.
STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER
Kumpulan yang dianggotai lapan ahli itu dipilih membintangi kempen Musim Luruh 2023 ‘Always Together’.
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY
Ahli kumpulan BTS, Jungkook kini memegang gelaran ‘Raja Spotify’ setelah memperoleh 35.5 juta pendengar bulanan hanya menerusi Seven.