Skip to content

Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan 02

Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan

Kongsikan artikel ini

Memperkasakan posisinya sebagai Master of Materials, Captain Cook High-Tech Ceramic Diver terbaru adalah refleksi ketukangan DNA Rado yang kekal teguh dengan paradigma tersendiri.

Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan 01

Evolusi terkini Captain Cook High-Tech Ceramic Diver menampilkan rizab kuasa maksimum sehingga 80 jam selaras dengan spesifikasi ISO 6425 yang ketat. Langsung, membuatkannya model pertama kreasi Rado di dalam mendasari kedalaman air sehingga 300 meter. Nadi pergerakan automatik Rado R763 ini berlindung di dalam casing seramik monoblok berteknologi tinggi yang kalis calar, hipoalergenik dan kebal untuk menyaingi sebarang cabaran; di hutan belantara atau melengkapi pemakaian harian.

Jam tangan menyelam baharu ini tampil dalam saiz 43 mm yang diperkasakan dengan hairspring anti-magnet Nivachron™ dan rizab kuasa selama 80 jam. Turut menerapkan ciri-ciri terkini dengan paparan tingkap tarikh pada jam 3 yang disuntik warna merah. Jam tangan ini juga berteduh dibawah kristal nilam yang diolah berkubah kalis calar lalu berlapis salutan anti-reflektif pada pemukanya.

Menelusuri Batasan Belantara Mahupun Lautan 03

Kemudian, memaparkan jarum jam, minit dan saat serta indeks masa hadir bersaiz lebih besar yang disalut cat kilau Super-LumiNova® bagi bacaan yang cemerlang saat dalam keadaan cahaya malap, bersama-sama dengan penanda utama serta angka pada cincin bezel.

Barisan arloji Captain Cook High-Tech Ceramic Diver terbaru ini didatangkan dalam enam varian. Setiap satunya miliki karakter yang berbeza bagi memadankan cita rasa para pemuja jenamanya. Kesemua model baharu ini hadir dalam case seramik monoblok berteknologi tinggi ciptaan Rado, tersedia dalam dua rona hitam dan dua warna hijau zaitun. Masing-masing tampil sama ada bertali getah atau tali gelang seramik berteknologi tinggi. Dua model plasma tambahan juga tersedia dengan padanan gelang seramik berteknologi tinggi.

Pautan berkaitan: TAG HEUER CONNECTED CALIBRE E4: PRESTASI LEBIH PERKASA, KINI TERSEDIA DALAM DUA SAIZ

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut