SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
GARAPAN STAIL RETRO ‘70-AN MEMBENTUK KESELURUHAN KOLEKSI KAPSUL MICHAEL KORS BERSAMA JENAMA SUKAN ELLESSE. MENAWARKAN SEMANGAT OPTIMISTIK LEWAT KOLEKSI MUSIM PANAS TERBARU DENGAN INFUISI ATHLEISURE YANG BERNADA MEWAH.
Michael Kors terus rancak dengan kemunculan koleksi kapsul baharu. Dan yang akan datang, Michael Kors menyunting jenama pakaian sukan Itali, ellesse sebagai undangan baharu. Menghadirkan koleksi mengilhami gaya sukan rentak retro ‘70-an, yang mana mengimbau momen fesyen terhebat dalam sejarah fesyen Amerika. Kempen iklannya menampilkan model Emily Ratajkowsi, kelompok muzik seperti Jay Critch dan beberapa lagi individu cool.
Nada koleksi yang bertenaga, sporty dan bercampur elegan dihidupkan melalui penghasilan kempen. Bertempat di Miami, kempen itu dirakam oleh jurugambar fesyen terkenal Lachlan Bailey dan penataan gaya oleh Mel Ottenberg.
Koleksi ini bakal bertemu pelanggan pada penghujung Mei, Michael Kors x ellesse menawarkan gaya sukan retro yang mewah dan moden. Menonjolkan sifat berani, keyakinan dan gaya hidup cool, merangkumi 24 rekaan yang dihiasi dengan logo ikonik Michael Kors dengan logo tenis dan ski ellesse yang dijadikan inspirasi utama.
Corak berjalur yang turut menampilkan logo ellesse x Michael Kors terdapat pada aksesori utama seperti beg dan kelengkapan fesyen lain. Untuk membuatnya terlihat lebih moden, Kors menambahkan aksen warna yang bertenaga juga logo pada beberapa rekaan. Memperlihatkan sisi muda yang berlawanan dari keseluruhan koleksi yang nampak rapi, dengan kata lain sedikit penyegaran.

Menawarkan satu lagi sentuhan yang segar, palet warna ‘signature’ ellesse iaitu oren dan merah menyala berpadu warna klasik biru dan putih segar. Beg-beg yang terkandung dalam koleksi ini menyajikan satu himpunan yang memberi cadangan gaya ideal musim panas.
Artikel berkaitan: VISI KREATIF MARNI UNTUK UNIQLO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.















