NESPRESSO MOMENTO COFFEE: MESIN KOPI TANPA SENTUHAN
Nespresso Professional memperkenalkan Nespresso Momento Coffee, sebuah sistem kopi tanpa sentuhan; kopi organik pertama, Peru Organic; dan set menu eksklusif bersama W Kuala Lumpur.
Diilhamkan daripada evolusi cara bekerja era pendemik, Nespresso Professional melancarkan mesin Nespresso Momento Coffee untuk pengalaman kopi yang tulen, mampan dan berkualiti tinggi. Pengenalan mesin kopi terbaharu ini juga ditemani dengan pelancaran kopi pertama yang disahkan organik dalam rangkaian kopi Professional Origins, Peru Organic.
Nespresso Momento Coffee direka dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara peminat kopi terutamanya dalam kalangan rakan sepejabat, serta pengunjung di hotel. Selain itu, pengalaman seperti ini juga dapat menggalakkan kreativiti dalam penghasilkan kopi mengikut cita rasa dan personaliti masing-masing.
Dalam usaha mencipta masa hadapan yang mampan, Nespresso Professional telah menjalinkan kerjasama dengan W Kuala Lumpur. Rangkaian hotel antarabangsa yang terkenal ini turut menghargai kelestarian, lantas menawarkan mesin Nespresso Momento Coffee dan juga Peru Organic kepada pengunjung mereka.
Melalui kerjasama ini, W Kuala Lumpur turut melancarkan set menu eksklusif yang dihasilkan menggunakan kopi Nespresso Professional. Boleh didapati dari 20 Mei hingga 25 Jun 2022 pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, menu empat sajian ini berharga RM248 seorang. Tempahan boleh dilakukan di W Kuala Lumpur dengan menghubungi +603-2786 8888 atau bf.wkualalumpur@whotels.com.
Mesin ini kini tersedia dengan harga RM 6,480 seunit, dan pengguna baharu boleh mendapatkan Pakej Permulaan pada harga RM 6,099 sahaja, yang merangkumi 1 unit Aeroccino, 5 kotak kopi terpilih dan 1 unit kotak kapsul. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem terbaharu ini dan Peru Organic, layari laman web rasmi Nespresso Professional.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: HUAWEI MATEPAD 10.4: KOMBINASI TEKNOLOGI PINTAR DAN ESTETIKA MINIMALIS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.
AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX
Pelancaran Aurum Theatre di The Exchange TRX menandakan pengalaman hiburan ultra-mewah yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.