HUAWEI MATEPAD 10.4: KOMBINASI TEKNOLOGI PINTAR DAN ESTETIKA MINIMALIS
Huawei melancarkan tablet terbaharu, MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan boleh digunakan bersama Huawei M-Pencil generasi kedua.
Selepas perkenalan Huawei Smart Office, gergasi teknologi dunia ini terus menghangatkan dunia gajet dengan menghadirkan generasi Huawei MatePad Series yang terbaharu. Huawei melancarkan tablet MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan boleh digunakan bersama Huawei M-Pencil generasi kedua.
Huawei MatePad 10.4 menawarkan pengalaman tablet premium yang lebih hebat berbading dengan generasi MatePad terdahulu. Dengan paparan 2K FullView 10.4 inci, desain tablet yang minimalis dan mempunyai bezel senipis 7.9 mm untuk memberikan nisbah skirn-kepada-badan secara maksimum.
Dengan teknologi pintar paling premium, tablet ini cukup produktif, ringan dan berkuasa untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ia dibina untuk melengkapkan gaya hidup on-the-move pada hari ini, seperti pengalaman menyeluruh untuk menyaksikan video, menonton filem, permainan video, belajar, bekerja dan banyak lagi.
Kombinasi Teknologi Pintar Dan Estetika Minimalis
Nipis dan minimalis, tablet ini cukup bergaya dengan pilihan warna Midnight Grey. Lapisan matte nan elegan memberikan sentuhan yang lembut apabila dipegang. MatePad 10.4 dikuasakan oleh HiSilicon Kirin 710A CPU dan hadir bersama kamera belakang 13MP, kamera swafoto 8MP, RAM 4GB dan juga ruang simpanan seluas 128GB.
Dengan sistem bunyi quad-sepaker dan juga quad-channel, pengguna dapat menghayari pengalaman menyeluruh seperti menonton filem di pawagam atau dewan konsert. Tablet ini juga dilengkapi dengan sistem operasi HarmonyOS 2.0, jaringan LTE serta keupayaan bateri 7250mAh.
Desain Untuk Mesyuarat Dan Pembelajaran Atas Talian
Tablet menjadi pilihan terbaik untuk pengguna yang mahukan semuanya dalam satu gajet. Ia mampu memberikan elevasi pada pembelajaran atas talian, selain mesyuarat jika disbanding dengan telefon pintar biasa. Dengan Huawei FreeScript, Annotate, dan Take Snippet, selain digunakan bersama Huawei M-Pencil akan memberikan pengalaman yang paling optima dan produktif.
Huawei MatePad 10.4 boleh didapati pada harga RM 1,599 dan hadir bersama Huawei Smart Keyboard berharga RM 399 secara percuma. Tablet ini boleh didapati di laman rasmi Huawei, stor rasmi di Shopee dan stor flagship di Lazada.
Foto: Huawei Malaysia
Baca lebih lanjut: BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.
KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC
Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.
#GLFIRSTGAYAHIDUP VIVO V23 5G (SUNSHINE GOLD)
vivo V23 5G kini dikemaskini dengan prestasi kamera hadapan terunggul serta keunikan desain luaran dengan keupayaan berubah warna yang pertama di Malaysia.
#GLFIRSTGAYAHIDUP INOVASI SKRIN SENTUH HUAWEI MATEBOOK 14S
Mendefinisikan pengalaman visual yang luar biasa pada HUAWEI Matebook 14s selaku komputer riba kerja untuk lelaki moden hari ini.
#GLFIRSTGAYAHIDUP KUASAI HARI ANDA DENGAN HUAWEI WATCH GT 3
HUAWEI terus mencabar sempadan dengan HUAWEI WATCH GT 3 yang menghadirkan teknologi moden dan terkini untuk menetap standard baharu pada jam tangan pintar.
TELEFON PINTAR VIVO V23E 5G UNTUK FOTOGRAFI SWAFOTO TERBAIK
vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar V23e 5G terbaharu dengan kamera hadapan ultra-jelas buat peminat fotografi untuk memberikan pengalaman swafoto terbaik.