BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
Transformasi Cody Simpson daripada bintang pop kepada atlet renang antarabangsa terus mencipta sensasi. Kini, bintang pop berusia 25 tahun itu bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.

(Photo by Quinn Rooney/Getty Images)
Berasal dari Gold Coast, Australia, Cody Simpson berjaya mencatatkan masa 51.96 saat untuk kategori 100 meter kuak kupu-kupu yang membolehkannya layak ke Sukan Komanwel tahun ini. Pemegang rekod Australia, Matthew Temple menduduki tempat pertama dengan 51.50 saat, manakala juara Olimpik, Kyle Chalmers berada di kedudukan kedua.
“That’s a dream come true,” kata penyanyi pop yang popular dengan lagu seperti “Pretty Brown Eyes”, “La Da Dee” dan “All Day” itu.

(Photo by Quinn Rooney/Getty Images)
Tambahan, catatan masa yang dilakukan bekas kekasih Gigi Hadid dan Miley Cyrus itu bukan sahaja melepasi syarat kelayakan badan renang antarabangsa FINA, ia juga membolehkan dia layak bertanding di kejohanan dunia yang akan diakan di Budapest pada Jun nanti. Sukan Komanwel akan diadakan di Birmingham, United Kingdom tahun ini.
Sebelum bergelar penyanyi, Cody Simpson merupakan perenang peringkat negara ketika dia masih lagi di bangku sekolah. Dia kini berlatih bersama juara dunia dan Olimpik dari Australia iaitu Emma McKeon di pusat akuatik di Queensland. Menurut sumber, mereka juga merupakan pasangan kekasih.

(Photo by Jacopo Raule/Getty Images)
Cody Simpson telah muncul dengan album pertama yang berjudul “Paradise” pada 2012. Album keeempatnya berjudul “Cody Simpson” telah dilancarkan tahun ini. Dia turut membintangi beberapa buah filem dan persembahan muzikal, seperti “Anastasia” pada 2018 sebagai pelakon utama.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: ART IN MOTION: SNIKER IKONIK ASICS SPORTSTYLE BERSAMA ARTIS SENI ASIA TENGGARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
KERJAYA TERGUGAT, LIAM HEMSWORTH BAKAL HERET MILEY CYRUS KE MAHKAHMAH?
Bintang kelahiran Australia, Liam Hemsworth dilaporkan tidak gembira dengan pencapaian terkini bekas isterinya.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.