Skip to content

#GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI

Kongsikan artikel ini

Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI.

 

Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO

Rizman memakai baju panas,ERMENEGILDO ZEGNA XXX . Ruzaini memakai baju turtleneck & seluar, ERMENEGILDO ZEGNA XXX

RIZMAN NORDIN DAN RUZAINI JAMIL, 38, 

Pereka fesyen duo, pengasas rumah fesyen Rizman Ruzaini.

Jenama Rizman Ruzaini menapak dalam dunia fesyen tempatan selama 17 tahun. Setiap stail yang diperlihatkan kini mencerminkan nadi stail kehidupan kala ini. Rizman Ruzaini memegang visi dalam mengembangkan identiti jenama buat segenap lapisan rakyat Malaysia. Tidak sama sekali memilih kasih, label fesyen terkenal tanah air ini terus mempekasakan taglinenya; RR Fashion For All.

Hampir 15 tahun, bagaimana anda kekal relevan?

Sejujurnya, anda perlu peka dengan trend fesyen semasa dan juga sekeliling kita. Untuk membina jenama itu tidak susah tetapi mengekalkan empayar itu adalah susah kerana kami haruslah kekal relevan mengikut perkembangan semasa. Teringat sewaktu di awal kemunculan hanya sekadar bertiga dan kini kami mempunyai 65 pekerja yang mana mereka adalah tunjang utama Rizman Ruzaini kekal kukuh.

Ruzaini memakai baju turtleneck & seluar, ERMENEGILDO ZEGNA XXX. Rizman memakai baju panas, ERMENEGILDO ZEGNA XXX.

Stigma lelaki yang mahu diubah..

Terutama dalam dunia fesyen, ramai yang beranggapan apabila bergelar pereka fesyen untuk lelaki pasti mendapati tohmahan kaum pelangi atau lelaki lembut. Bagi kami, ianya ialah pilihan masing-masing dan kita haruslah membuang pemikiran stereotaip dan cuba bersifat terbuka.

Pandangan anda mengenai kualiti lelaki Alpha masa kini?

Lelaki masa kini lebih bersiap sedia terutama dalam dunia digital. Kerana semuanya berlaku terlalu cepat dan di hujung jari sahaja. Jika zaman dahulu, lelaki ini agak terbatas untuk mendapat pekerjaan, tetapi kini lebih bebas semua lelaki tidak terkecuali. Selain itu, untuk menjadi Alpha Men, anda haruslah menjadi ketua tidak kisah dalam perniagaan mahupun keluarga. Jika anda pimpin keluarga atau pekerja anda dengan baik, ini lambang kepada seorang ketua yang dihormati.

Ruzaini memakai jam tangan & beg galas, MONTBLANC dan baju panas, COS. Rizman memakai jam tangan, MONTBLANC baju panas UNIQLO dan jaket WARDROBE.

Perkembangan terbaru Rizman Ruzaini?

17 tahun ini adalah tempoh kematangan Rizman Ruzaini dalam dunia perniagaan. Semuanya bisnes tetapi dalam konteks fesyen. Our planning for Rizman Ruzaini penuh sampai hujung tahun 2023. Setiap bulan akan ada keluaran terbaru dari jenama kami. Untuk KLFW 2022, kami menampilkan barisan koleksi Spring/Summer 2023 dan impian kami sudah tentu ingin membawa jenama ke pentas dunia dan diterima setiap lapisan warga dunia. Dan membawa mereka kepada komuniti Rizman Ruzaini.

Baca lebih lanjut: #GL15TAHUN THE FITNESS DARLING, EDDY SYAMIN

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut