Skip to content

DINAMIK ‘SUNDAY BOIS’ OLEH JENAMA STREETWEAR NOMBOR 1 MALAYSIA, SUPER SUNDAY

Kongsikan artikel ini

Jenama ‘streetwear’ tempatan, Super Sunday seperti melepaskan geram kali ini dengan persembahan penuh dinamik melalui koleksi yang dinamakan “Sunday Bois”.

Kehangatan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) masih lagi terasa dengan pementasan jenama ‘streetwear’ tempatan, Super Sunday yang dinantikan peminat fesyen jalanan di Malaysia. Tahun ini, Super Sunday seperti melepaskan geram dengan persembahan penuh dinamik melalui koleksi yang dinamakan “Sunday Bois”.

Menampilkan kombinasi fesyen, muzik dan budaya jalanan popular seperti ‘skateboarding’ dan grafiti, Super Sunday membuktikan bahawa mereka bukanlah jenama yang boleh dipandang ringan. Amat gah dengan 30 persalinan yang hebat digayakan oleh 30 model tempatan termasuk personaliti radio terkenal, Haniff Hamzah serta vokalis kumpulan Hujan yang juga mewakili ‘rockstar’ generasi baharu, Noh Salleh.

Noh Salleh

Masih mengekalkan DNA rekaan yang amat sinonim dengan jenama tersebut, koleksi “Sunday Bois” dimantapkan lagi dengan variasi serta interpretasi ‘streetwear’ yang lebih premium dari pelbagai segi, daripada penggunaan material hinggalah kepada seni pembuatan serta penggayaan.

Haniff Hamzah

Kolaborasi bersama jenama gaya ranggi Noh Salleh iaitu Hikari Riders ternyata memberi impak yang amat besar. Selain itu, koleksi tersebut turut menyaksikan kerjasama Super Sunday bersama Daddyhood (jenama ‘Esport’), VANS Malaysia dan SSST or Super Sentimental Secret Theory (jenama pakaian berkonsepkan ‘tech wear’ dari Bandung Indonesia).

“Ini adalah persembahan kami yang terbesar dan terbaik setakat ini. Hasil pengalaman selama enam tahun terlibat di dalam acara ini kami gunakan sepenuhnya. Saya percaya bahawa Super Sunday telah berjaya memberikan suara lantang kepada genre ‘streetwear’ yang kadang kala dipandang remeh dan terbukti hari ini bahawa jenama ini lebih dari sekadar ‘hype’. Ianya serius bukan sahaja dari perspektif fesyen tetapi juga bisnes,” kata Zulkifli Salleh / Bob / Mr Kioue yang merupakan pengasas serta pengarah kreatif Super Sunday.

Tahun ini, pertunjukan koleksi di pentas KLFW 2022 dirancakkan lagi dengan persembahan berapi dari kumpulan hip hop negara yang sedang hangat mencipta nama iaitu City Bois. Dikuasakan oleh ISUZU D-Max X-Terrain, ia turut dihadiri oleh nama-nama besar di bidang fesyen, muzik dan seni seperti Datuk Seri Bernard Chndran, Monoloque, Jiman Casablancas, Kuku Besi, Kim Samuel, Fritilldea, Ridduan TTFGA Ismail, Tisya Ong, Vivienna Q. Alfred, Nakalness daripada kumpulan Forceparkbois, Bryan Chin – Sneakerlah, dan Hanis Ajar.

 

Foto: Super Sunday

Baca lebih lanjut: 11 FILEM SERAM ASIA YANG BAKAL MENGHANTUI HUNGRY GHOST MONTH

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
KLFW 2024

5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024

Bacaan Lanjut
ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024 SEMPENA MERDEKA

ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut
KLFW 2024

5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut