Skip to content

RAMBUT FROSTED KINI KEMBALI LEBIH AGRESIF

Kongsikan artikel ini

PERNAH MENJADI KEGILAAN WANITA ERA 2000’S, STAIL RAMBUT FROSTED KONTROVERSI INI KEMBALI MENJENGAH TAHUN INI DENGAN LEBIH BERSAHAJA.

Mula popular sejak awal 2000-an. Trend rambut frosted ini mula dikenali menerusi boybands seperti N’Sync, B4-4, Dream Street dan BBMak. Ilham rambut funky ini pernah menjadi fenomena sehingga menjadi kegilaan ramai wanita!

Rambut yang dilunturkan dengan pewarna rambut Platinum di hujungnya dan dibentuk untuk potongan rambut pendek. Bagi GL, ilham rambut ini seperti unfurnished dan raw! Zaman sekarang ini untuk mendapatkan warna dan gaya seperti ini cukup mudah kerana pendekatannya lebih lembut, tidak tertumpu pada potongan rambut pendek dan berduri dan gabungan warnanya lebih dinamik.

Apakah keunikan trend rambut Frost?

Gaya rambut ini merujuk kepada seorang lelaki yang berambut pendek tetapi berani melunturkan hujung rambut dengan warna perang. Kemudian rambut itu digayakan pula bersama gel untuk mendapatkan gaya berduri ibarat rambut itu dibekukan. Ini mengambil inspirasi dari permukaan air tergantung, anda akan lihat ianya berbentuk duri tajam dan keras.

Pengunaan gel rambut untuk trend ini adalah penting! Malah, penampilan ini hanya boleh dicapai dengan melunturkan hujung rambut dan digayakan secara runcing untuk mewujudkan kontras pada seluruh rambut. Pendekatan moden pula disifatkan lebih bebas dan ditambah dengan kepelbagaian potong rambut samada panjang atau bertekstur. Segalanya adalah terpulang kepada personaliti anda.

Tidak hairanlah trend kembali menerusi Gen X, TikTok dan dunia peragaan yang mengimbangi momentum Frost!

Zayn Malik

Artikel berkaitan HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA

Bacaan Lanjut

UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut