REKAAN DOMPET YANG MINIMALIS DAN SERBA MODEN MENJADIKAN ROYCEBAN DIGEMARI OLEH PEMBAWA TUNAI MASA KINI. SELAIN RUPA BENTUK DOMPET YANG RINGKAS, ROYCEBAN TURUT MAMPU BERFUNGSI DENGAN ‘APPLE FINDMY’.
Demi memenuhi cita rasa moden, aksesori harian seseorang pada zaman kini seharusnya cantik, ringkas dan mempunyai fungsi yang pelbagai. Royceban menekankan bahawa produk mereka direka dengan teliti, luas dan tahan lama.
Setakat hari ini, Royceban telahpun mengeluarkan dua siri rekaan dompet iaitu Siri Davinci dan Siri Plato. Rekaan ringkas namun mempunyai pelbagai fungsi menjadikan dompet ini begitu sesuai dengan pengguna masa kini terutamanya kepada mereka yang lebih gemar membawa tunai serta kad fizikal.