Skip to content

Trio of Playfulness 01

TRIO OF PLAYFULNESS

Kongsikan artikel ini

Tiga model TAG Heuer Formula 1 Chronograph hadir dalam percikan rona bertenaga yaitu hijau, kuning dan merah ini bakal membingkiskan deruan energi bak di litar lumba.

TAG Heuer tampil memperkenalkan koleksi TAG Heuer Formula 1 Chronograph. Jam tangan statement bergaya sukan ini dikuasakan oleh bateri lalu benar-benar merakam semangat arloji TAG Heuer Formula 1 yang pertama dari tahun 1980-an. Di mana, ia diraikan kerana diolah dengan sisi karakter dan warnanya yang bertenaga. Jelas sekali perkenalan trio ini bakal menyerlah seri si pemakainya di pergelangan tangan yang juga menggabungkan prestasi tinggi serta berpunya gaya berani.Trio of Playfulness 02

Estetika seni reka bentuk diperkemas bagi tiga model ini yang tampil agresif. Di tambah lagi percikan warna kontras yang dinamik dengan perincian unik untuk setiap referensi. Dikonstruksi dengan saiz berdiameter 43 mm dalam keluli tahan karat berkemasan efek berus halus, TAG Heuer Formula 1 Chronograph disertakan dengan butang tekan kronograf pada posisi jam 2 dan 4. Bezel berskala tachymeter berlapis PVD hitam tampil menyempurnakan susuk rekaan yang menjulang sensasi sukan lumba Formula 1. Pada bahagian belakangnya pula menampakkan motif bendera balap, melambangkan perlumbaan yang berjaya diselesaikan.

Trio of Playfulness 03

Case yang melindungi laman dail kemasan sunray memaparkan tiga subkaunter kronograf ‘azurage’ yang menambah tekstur, kedalaman serta efek biasan cahaya. Tingkap tarikh bersudut diletakkan pada posisi jam 4, lantas jarum serta indeks disuntik cat kilau Super-LumiNova® putih bagi memperkasakan kebolehbacaan yang cemerlang biarpun pada kelajuan tinggi. TAG Heuer Formula 1 Chronograph disempurnakan dengan tali getah bertekstur yang mana bersedia untuk pemakaian intensiti tinggi.

Pautan berkaitan: Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut