Skip to content

HARUMAN SERGE LUTENS KINI DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Label Serge Lutens yang terkenal dengan rangkaian haruman revolusi melancarkan stor pertama di Malaysia yang berlokasi di Sogo KL.

Dilahirkan pada 1942 di utara Perancis, Serge Lutens merupakan pereka fesyen legenda dan artis penuh visi yang terkenal dengan cintanya pada setiap sisi kecantikan. Lantas, visi luar biasanya telah merevolusikan dunia kecantikan dan haruman. Kini, peminat kecantikan Malaysia boleh mendapatkan haruman Serge Lutens dengan pelancaran stor pertama yang berlokasi di Sogo KL.

Rangkaian haruman uniseks ini terkenal dengan biasan aura kecantikan penuh misteri, godaan hitam yang akan membangkitkan emosi. Dalam membiaskan sisi misteri jenama, stor pertama di Sogo KL ini mengekspresikan tarikan kegelapan yang misteri tetapi masih kekal menarik.

Ketika acara pelancaran stor pertama ini, pelakon dan model tempatan, Azrel Ismail telah hadir selain barisan bintang media sosial seperti Andre Amir, Huan ooi, Yvonne Chua dan Kid Inn.

“Salah satu haruman Serge Lutens kegemaran saya adalah Ambre Sultan, Kombinasi Lutense Vanilla dan campuran Patchouli yang menghasilkan wangian yang kuat dan sempurna untuk apa jua acara,” menurut Azrel Ismail.

Antara haruman yang menjadi kegemaran ramai termasuklah “Feminité du Bois”, “Ambre Sultan” dan “La Fille De Berlin”. Setiap haruman mempunyai cerita yang tersendiri. Kolaborasi bersama Shiseido dan perjalanan hidup yang membawanya ke Marrakesh telah menginspirasikannya untuk memulakan label haruman, dan perkenalan seleksi haruman seperti “Ambre Sultan”, “Fleurs d’Oranger” dan “Chergui”.

Haruman Serge Lutens boleh didapati bermula pada harga RM575 sehingga RM1,400 di stor  Sogo KL, atau stor Amaris di Suria KLCC. Juga boleh didapati secara atas talian di laman e-commerce Amaris Beauty.

 

Foto: Amaris Beauty

Baca lebih lanjut: VICEROY BALI, SYURGA ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut

‘PARTY OF THE YEAR’ BIZ OF RE MERAIKAN ULANG TAHUN KE-3

Bacaan Lanjut
MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

Bacaan Lanjut
Island Lush Goldfield & Banks

GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA

Bacaan Lanjut
Velvet Tonka by BDK Parfums

WANGIAN INI MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ FRAGRANCE FOUNDATION AWARDS DI PERANCIS

Bacaan Lanjut